Connect with us

Terkini

(VIDEO) Penumpang India salah guna kerusi roda mahu dilayan istimewa di lapangan terbang

Published

on

Foto: Tangkap layar klip video tersebut.
  • Video yang dikongsi seorang pelancong dan dimuatnaik semula di Instagram AviationNews mencetuskan perdebatan mengenai penyalahgunaan bantuan orang kurang upaya (OKU) dalam penerbangan antarabangsa.
  • Menurut laporan, hampir 30% penumpang dalam penerbangan India-AS meminta kerusi roda, tetapi ramai yang sebenarnya tidak memerlukannya. 
  • Setiap syarikat penerbangan di India dikatakan mengendalikan lebih 100,000 permintaan kerusi roda setiap bulan, yang menyebabkan kelewatan dan menambah tekanan kepada tenaga kerja.

NEW DELHI: Sebuah video viral menunjukkan puluhan penumpang yang kelihatan sihat fizikalnya duduk atas kerusi roda dan diiringi kakitangan penerbangan di sebuah lapangan terbang di India.

Video yang dikongsi seorang pelancong dan dimuatnaik semula di Instagram AviationNews mencetuskan perdebatan mengenai penyalahgunaan bantuan orang kurang upaya (OKU) dalam penerbangan antarabangsa dan memaksa Air India untuk mengeluarkan penjelasan.

Menurut laporan Gulf News, hampir 30% penumpang dalam penerbangan India-AS kini meminta kerusi roda, tetapi ramai yang sebenarnya tidak memerlukannya. 

Syarikat penerbangan itu mengatakan bahawa tingkah laku ini melambatkan sokongan untuk mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

Sebenarnya, setiap syarikat penerbangan di India mengendalikan lebih 100,000 permintaan kerusi roda setiap bulan, yang menyebabkan kelewatan dan menambah tekanan kepada tenaga kerja.

Isu berkenaan meletus dalam media sosial selepas sebuah video yang dirakam oleh seorang penumpang lain menunjukkan konvoi panjang penumpang yang menggunakan kerusi roda dibantu oleh kakitangan yang terpaksa bekerja keras.

Hantaran tersebut mendakwa bahawa pelancong menggunakan perkhidmatan itu untuk menaiki pesawat lebih awal, imigresen yang lebih cepat, dan pengiring dari mula hingga akhir,  faedah yang sepatutnya untuk penumpang yang benar-benar mempunyai masalah mobiliti.

Di tengah-tengah aduan yang semakin meningkat, Jabatan Penerbangan Awam India (DGCA) kini telah memberi kelulusan kepada syarikat penerbangan untuk mengenakan bayaran bagi bantuan kerusi roda, satu langkah yang boleh menghalang penyalahgunaan dan memastikan bantuan yang tepat pada masanya untuk penumpang yang benar-benar memerlukan sokongan mobiliti.

Syarikat penerbangan berkata lonjakan permintaan tidak wajar yang sering dibuat oleh penumpang yang sihat untuk keselesaan, telah melambatkan operasi lapangan terbang, dan menjejaskan kualiti perkhidmatan untuk pelancong yang mempunyai keperluan perubatan yang sah. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author