Terkini
Trump akui beri senjata, puji jenayah genosid Netanyahu di Knesset
- Trump memuji kemampuan Israel menggunakan senjata tersebut dengan berkesan, sambil menyifatkan kekuatan tentera rejim penjajah itu sebagai faktor utama yang membawa kepada “keamanan”.
- “Anda menggunakannya (senjata Amerika) ‘dengan baik’. Ia memerlukan orang yang tahu bagaimana menggunakannya, dan anda jelas tahu melakukannya. Israel menjadi kuat dan berkuasa, dan itulah yang akhirnya membawa kepada keamanan,” katanya disambut tepukan hadirin.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump secara terbuka mengakui bahawa dia telah membekalkan senjata kepada Israel ketika dan memuji Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kerana telah menggunakan senjata tersebut “dengan baik” dalam jenayah genosid Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Berucap di Knesset Israel pada 13 Oktober 2025, Trump mendedahkan bahawa Netanyahu sering menghubunginya untuk meminta pelbagai jenis senjata, termasuk yang belum pernah dihasilkan sebelum ini.
“Bibi (Netanyahu) sering menelefon saya, ‘bolehkah kamu dapatkan senjata ini, senjata itu, senjata ini?’ Ada yang saya sendiri tidak pernah dengar, Bibi, dan saya hasilkan juga. Tetapi kami pastikan ia sampai ke sini (Israel), betul kan? Dan senjata-senjata itu memang yang terbaik,” katanya.
Trump kemudian memuji kemampuan Israel menggunakan senjata tersebut dengan berkesan, sambil menyifatkan kekuatan tentera rejim penjajah itu sebagai faktor utama yang membawa kepada “keamanan”.
“Anda menggunakannya (senjata Amerika) ‘dengan baik’. Ia memerlukan orang yang tahu bagaimana menggunakannya, dan anda jelas tahu melakukannya. Israel menjadi kuat dan berkuasa, dan itulah yang akhirnya membawa kepada keamanan,” katanya disambut tepukan hadirin.
Dalam insiden berasingan semasa ucapan tersebut, dua ahli Knesset Israel iaitu Ayman Odeh dan Ofer Cassif dari Parti Hadash (Barisan Demokratik untuk Keamanan dan Kesamarataan), bertindak mengangkat plakad dan melaungkan slogan mengecam genosid Israel di Gaza sebelum diusir keluar dari dewan Knesset.
Rakaman video menunjukkan kedua-dua mereka diiring keluar oleh pengawal keselamatan selepas melaungkan seruan menentang kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. – The Merdeka Times
Dapatkan perkembangan terkini di Palestin secara pantas dan eksklusif dengan sertai telegram Dunia Palestin: t.me/duniapalestin