Connect with us

Terkini

Syarikat keluli Israel muflis selepas Turkiye haramkan perdagangan

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Sebelum serangan ke atas Gaza, syarikat tersebut memperoleh kira-kira 70% daripada pendapatannya daripada pasaran eksport ke Turkiye.
  • Wakil syarikat memberitahu mahkamah bahawa serangan Israel ke atas Gaza dan sekatan perdagangan oleh Turkiye merupakan faktor paling signifikan yang menyebabkan kejatuhan jualan.
  • Hutang syarikat itu kini mencecah 105 juta shekel (lebih USD32 juta) selepas jumlah perniagaannya merosot daripada 200 juta shekel (USD61 juta) pada tahun 2022 kepada hanya 35 juta shekel (USD11 juta) dalam separuh pertama tahun ini.

ISTANBUL – Sebuah syarikat keluli dan logam sekerap Israel telah diisytiharkan muflis selepas Turkiye mengambil keputusan untuk mengharamkan perdagangan dengan Tel Aviv, berikutan perang genosid Israel di Gaza.

Akhbar harian perniagaan Israel, Calcalist melaporkan pada hari Rabu, Syarikat Shaul Gueta, yang berpangkalan di Ashdod, selatan Israel, telah runtuh akibat sekatan perdagangan yang dikenakan Türkiye sebagai tindak balas terhadap genosid Israel di Semenanjung Gaza.

Menurut Calcalist yang dipetik Anadolou Ajansi, syarikat itu mengkhusus dalam mengutip, membeli, mengasing, menghancur, memadat, dan menjual logam sekerap, terutamanya kepada pelanggan luar negara.

Kebanyakan operasinya dijalankan dari kilang di Ashdod yang dibina di atas tanah seluas lebih kurang 2.7 ekar di kawasan perindustrian bandar tersebut.

Syarikat Shaul Gueta bergantung kepada eksport ke Turkiye untuk 70% daripada jualannya, menurut laporan akhbar itu.

Ia menambah bahawa jumlah hutang syarikat itu kini mencecah 105 juta shekel (lebih USD32 juta) selepas jumlah perniagaannya merosot daripada 200 juta shekel (USD61 juta) pada tahun 2022 kepada hanya 35 juta shekel (USD11 juta) dalam separuh pertama tahun ini.

Pemiutang terbesar Shaul Gueta, iaitu Israel International Bank, telah mengemukakan tuntutan hutang sebanyak 18 juta shekel di mahkamah. Pemiutang lain termasuk Bank Hapoalim (15 juta shekel), Mercantile Bank (11 juta shekel), dan Mizrahi-Tefahot Bank (1.5 juta shekel).

Syarikat itu juga berhutang 5 juta shekel kepada syarikat kad kredit Max dan 4 juta shekel masing-masing kepada syarikat kredit bukan perbankan S.R. Accord dan Ampla, menurut akhbar Israel itu.

Sebelum serangan ke atas Gaza, syarikat tersebut memperoleh kira-kira 70% daripada pendapatannya daripada pasaran eksport ke Turkiye, menyebabkan kejatuhan mendadak dalam jumlah perniagaan selepas perdagangan dua hala digantung sepenuhnya.

Mahkamah Daerah Beersheba di selatan Israel telah menerima petisyen daripada Israel International Bank dan melantik peguam Doron Tishman sebagai pemegang amanah untuk menentukan sama ada syarikat itu akan dilikuidasi atau disusun semula, lapor Calcalist.

Wakil syarikat memberitahu mahkamah bahawa serangan Israel ke atas Gaza dan sekatan perdagangan oleh Turkiye merupakan faktor paling signifikan yang menyebabkan kejatuhan jualan, memandangkan sebahagian besar pendapatan syarikat bergantung pada eksport ke Turkiye.

Turkiye telah mengurangkan perdagangan dengan Israel sebanyak kira-kira 30% sejak bermulanya genosid di Gaza sehingga 2 Mei 2024.

Pada 2 Mei 2024, Turkiye menghentikan sepenuhnya semua aktiviti eksport, import dan perdagangan transit dengan Israel merangkumi semua kategori produk, sekali gus menamatkan semua aktiviti komersial termasuk urusan kastam dan zon bebas antara kedua-dua negara. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author