Antarabangsa
Pembinaan semula Gaza perlukan pembiayaan US$70 bilion – UNDP
- UNDP tidak dapat memberikan anggaran tempoh masa bagi kerja-kerja pembinaan semula itu kerana ia bergantung kepada jumlah pembiayaan yang diterima, namun Cilliers berkata proses tersebut boleh mengambil masa “berdekad-dekad”.
- Menurut anggaran UNDP, sekurang-kurangnya 50 juta tan runtuhan perlu dibersihkan di Gaza, dan mayat rakyat Palestin yang terkorban mungkin ditemukan di bawah runtuhan, tambahnya.
GENEVA – Pembinaan semula Semenanjung Gaza memerlukan pembiayaan US$70 bilion, lapor Sputnik/RIA Novosti pada Selasa yang memetik Wakil Khas Program Bantuan kepada Rakyat Palestin di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Jaco Cilliers.
UNDP tidak dapat memberikan anggaran tempoh masa bagi kerja-kerja pembinaan semula itu kerana ia bergantung kepada jumlah pembiayaan yang diterima, namun Cilliers berkata proses tersebut boleh mengambil masa “berdekad-dekad”.
Menurut anggaran UNDP, sekurang-kurangnya 50 juta tan runtuhan perlu dibersihkan di Gaza, dan mayat rakyat Palestin yang terkorban mungkin ditemukan di bawah runtuhan, tambahnya. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Please follow and like us:
Teruskan Membaca