Terkini
Hamas selesai bebaskan semua 20 tahanan Israel yang masih hidup di Semenanjung Gaza
- Tahanan berkenaan diserahkan kepada pasukan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam dua kumpulan di Semenanjung Gaza.
- Sebagai pertukaran kepada pembebasan tahanan Israel itu, seramai 1,968 tahanan Palestin termasuk 250 yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup akan dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
ISTANBUL – Sayap tentera pergerakan Hamas, Briged Al-Qassam, pada Isnin telah menyempurnakan pembebasan 20 tahanan Israel yang masih hidup, lapor Anadolu Ajansi.
Tahanan berkenaan diserahkan kepada pasukan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam dua kumpulan di Semenanjung Gaza.
Sebagai pertukaran kepada pembebasan tahanan Israel itu, seramai 1,968 tahanan Palestin termasuk 250 yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup akan dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas. – BERNAMA-ANADOLU
Please follow and like us:
Teruskan Membaca