Connect with us

Antarabangsa

Trump akan tukar nama Jabatan Pertahanan AS kepada “Jabatan Perang”

Published

on

Foto: Presiden AS, Donald Trump
  • Langkah itu akan mengembalikan gelaran bersejarah yang digunakan sehingga 1949 sebelum agensi tersebut disusun semula di bawah Akta Keselamatan Negara 1947.
  • Perintah itu akan menetapkan “Jabatan Perang” sebagai gelaran sekunder bagi Pentagon dan mengarahkan Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth mengambil gelaran tambahan sebagai “Setiausaha Perang.”
  • Semua orang suka kerana kita mempunyai sejarah kemenangan yang luar biasa ketika ia dikenali sebagai Jabatan Perang.

ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat akan menandatangani perintah eksekutif untuk menukar nama Jabatan Pertahanan kepada “Jabatan Perang,” lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt pada Khamis.

Langkah itu, yang pertama kali dilaporkan Fox News, akan mengembalikan gelaran bersejarah yang digunakan sehingga 1949 sebelum agensi tersebut disusun semula di bawah Akta Keselamatan Negara 1947.

Perintah itu akan menetapkan “Jabatan Perang” sebagai gelaran sekunder bagi Pentagon dan mengarahkan Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth mengambil gelaran tambahan sebagai “Setiausaha Perang.”

Ia turut mengarahkan Hegseth mencadangkan langkah perundangan dan eksekutif untuk menjadikan perubahan itu kekal serta mengemas kini papan tanda dan laman web Pentagon, termasuk menukar nama bilik taklimat hal ehwal awam kepada “Annex Perang Pentagon,” kata seorang pegawai Rumah Putih kepada Fox.

“Semua orang suka kerana kita mempunyai sejarah kemenangan yang luar biasa ketika ia dikenali sebagai Jabatan Perang,” kata Trump kepada pemberita pada 25 Ogos.

Hegseth berkata langkah itu mencerminkan perubahan budaya dalam jabatan tersebut. – BERNAMA.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author