Connect with us

Antarabangsa

Raja Jordan tolak idea ‘Greater Israel’ di Perhimpunan Agung PBB

Published

on

Foto: Raja Jordan, Raja Abdullah II

 

  • Berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-80 di New York pada Selasa, baginda menegaskan bahawa tidak ada apa-apa yang agung tentang agenda perluasan wilayah tersebut.
  • “Seruan sebegini hanya boleh dicapai dengan melanggar kedaulatan dan integriti wilayah negara jiran. Itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan,” – Raja Jordan, Raja Abdullah II

 

NEW YORK – Raja Jordan, Raja Abdullah II dengan tegas menolak seruan “Greater Israel/ Israel Raya” yang dibangkitkan oleh kerajaan Israel, sambil menyifatkannya sebagai satu provokasi yang hanya boleh direalisasikan melalui pencabulan kedaulatan negara-negara jiran.

Berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-80 di New York pada Selasa, baginda menegaskan bahawa tidak ada apa-apa yang agung tentang agenda perluasan wilayah tersebut.

“Seruan sebegini hanya boleh dicapai dengan melanggar kedaulatan dan integriti wilayah negara jiran. Itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan,” titahnya.

Raja Abdullah turut memberi amaran bahawa perang berterusan di Gaza merupakan antara detik paling kelam dalam sejarah PBB.

Israel sebelum ini melancarkan Operasi “Gideon Chariots 2” awal bulan ini dengan tujuan untuk menduduki sepenuhnya Bandar Gaza. Hampir sejuta penduduk Palestin kebanyakannya pelarian dari kawasan lain kini terperangkap di bawah serangan tanpa henti.

Menurut laporan, serangan Israel sejak Oktober 2023 telah meragut lebih 65,300 nyawa rakyat Palestin, majoritinya wanita dan kanak-kanak.

Pengeboman berterusan itu turut menjadikan Gaza tidak lagi layak didiami, selain menyebabkan kebuluran serta penularan penyakit yang semakin membimbangkan.

Raja Abdullah menegaskan, komuniti antarabangsa tidak boleh terus berdiam diri terhadap tragedi kemanusiaan ini yang mencabar kredibiliti dan asas penubuhan PBB sebagai pelindung keamanan sejagat.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author