Connect with us

Antarabangsa

Presiden Syria pertama dalam 60 tahun berucap pada Perhimpunan Agung PBB

Published

on

Foto: Presiden Syria, Ahmed Al-Sharaa
  • “Syria telah berubah daripada pengeksport krisis kepada peluang untuk keamanan,” kata Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa di New York.
  • Kemunculannya di New York menandakan kepulangan rasmi Syria ke pangkuan masyarakat antarabangsa, menurut badan pemikir Washington Institute.

NEW YORK – Ahmed al-Sharaa pada Rabu menjadi presiden Syria pertama dalam tempoh hampir 60 tahun menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Syria telah berubah daripada pengeksport krisis kepada peluang untuk keamanan,” katanya di New York.

Beliau berkata selepas bertahun-tahun perang saudara di bawah pemerintahan bekas pemimpin Bashar al-Assad, kerajaan peralihan pimpinan al-Sharaa kini berusaha ke arah diplomasi, kestabilan, keselamatan dan pembangunan ekonomi.

“Hari ini, Syria kembali ke tempat yang sewajarnya dalam kalangan negara-negara di dunia.”

Ucapan terakhir oleh ketua negara Syria pada sidang pleno PBB disampaikan oleh presiden Syria ketika itu, Nureddin al-Atassi pada 1967.

Disember lalu, al-Sharaa mengetuai satu pakatan bagi menyingkirkan al-Assad dan dilantik sebagai presiden sementara negara itu.

Kemunculannya di New York menandakan kepulangan rasmi Syria ke pangkuan masyarakat antarabangsa, menurut badan pemikir Washington Institute. – BERNAMA-dpa

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author