Connect with us

Antarabangsa

Polis India dikritik berat sebelah, poster cinta Nabi diturunkan tetapi poster Hindu kekal

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • “Kami hanya menzahirkan kasih kepada Nabi Muhammad. Adakah itu satu jenayah? Poster untuk dewa Hindu dan pemimpin politik dipasang merata-rata tanpa kebenaran, tetapi mengapa hanya orang Islam yang disasarkan?” soal Irfan Malik dari Modinagar.
  • Aktivis hak asasi turut menegaskan bahawa kain rentang gergasi untuk perayaan Hindu dan pemimpin politik sering dipasang di Uttar Pradesh tanpa bantahan polis.

 

NEW DELHI — Ketegangan komuniti tercetus di Ghaziabad, Uttar Pradesh apabila pihak polis menurunkan poster bertulis “I Love Muhammad”, hanya beberapa hari selepas insiden keganasan berlaku di Bareilly berhubung paparan yang sama.

Tindakan itu, yang dilaporkan dibuat atas tekanan aktivis Bajrang Dal, mencetuskan dakwaan bahawa pihak berkuasa mengamalkan penguatkuasaan berat sebelah dan diskriminasi.

Kontroversi bermula di kawasan Kidwai Nagar, Adarsh Colony dan Maliknagar apabila penduduk menggantung kain rentang yang menzahirkan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW di jalanan, pagar rumah dan tempat awam.

Bagaimanapun, kumpulan Bajrang Dal yang diketuai pemimpin mereka, Madhur Nehra, membantah dan mendakwa poster tersebut sebagai “konspirasi” yang mampu mengganggu keharmonian antara agama.

Mereka mengemukakan aduan kepada polis dan memberi amaran bahawa jika pihak berkuasa gagal bertindak, mereka sendiri akan menurunkan poster itu.

Susulan itu, pasukan polis segera dikerahkan dan menanggalkan semua kain rentang berkenaan, diperhatikan oleh penduduk setempat.

“Kami hanya menzahirkan kasih kepada Nabi Muhammad. Adakah itu satu jenayah?.

“Poster untuk dewa Hindu dan pemimpin politik dipasang merata-rata tanpa kebenaran, tetapi mengapa hanya orang Islam yang disasarkan?” soal Irfan Malik dari Modinagar.

Tidak lama selepas insiden itu, kumpulan Hindu melancarkan kempen balas. Poster baharu dengan tulisan “I Love Yogi”, “I Love Shri Ram”, “I Love Mahadev” malah “I Love Bulldozers” dipasang di sekitar Ghaziabad dan dikongsi secara meluas di media sosial, sekali gus menambah kemarahan masyarakat Muslim.

“Ini jelas diskriminasi.

“Poster Hindu tidak disentuh, tetapi poster Muslim segera diturunkan,” kata pekerja sosial Mohammad Rizwan.

Aktivis hak asasi turut menegaskan bahawa kain rentang gergasi untuk perayaan Hindu dan pemimpin politik sering dipasang di Uttar Pradesh tanpa bantahan polis.

“Jika kebenaran diperlukan, maka ia harus terpakai untuk semua pihak. Undang-undang tidak boleh pilih kasih. Namun pihak polis enggan menjelaskan mengapa poster balas dibiarkan tanpa tindakan,” jelas peguam Faheem Ansari.

Walaupun berdepan tindakan, ramai Muslim di Ghaziabad berikrar akan meneruskan kempen berkenaan.

“Tiada kuasa yang mampu menghalang kami daripada mencintai Nabi kami.Persoalan sebenar ialah mengapa kasih kami dianggap sebagai jenayah?”, kata seorang pemuda di Maliknagar. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author