Connect with us

Antarabangsa

Pasaran hartanah Tel Aviv merosot, Pemaju gagal jual unit sepanjang 2025

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.

 

  • Menurut laporan kewangan suku kedua, pemaju MyTown setakat ini, 50 unit telah terjual, namun tiada jualan baharu direkodkan sepanjang tahun ini berbanding 17 unit pada 2024.
  • Antara punca kemerosotan termasuk ketidaktentuan akibat perang Gaza dan ketegangan politik Israel.

 

TEL AVIV – Kemerosotan pasaran hartanah kediaman di Tel Aviv semakin ketara apabila pemaju MyTown tidak mencatatkan sebarang jualan apartmen sejak awal 2025, meskipun syarikat itu aktif memasarkan projek-projek di bandar berkenaan.

Menurut laporan kewangan suku kedua, MyTown yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pengerusi, Yossi Hasson sedang membangunkan atau memasarkan 12 projek di Tel Aviv dan satu projek di Ramat Hasharon melibatkan 109 unit kediaman.

Setakat ini, 50 unit telah terjual, namun tiada jualan baharu direkodkan sepanjang tahun ini berbanding 17 unit pada 2024.

Antara punca kemerosotan tersebut termasuk lebihan penawaran projek baharu di beberapa daerah utama Tel Aviv, harga jualan yang kekal tinggi, serta ketidaktentuan akibat perang Gaza dan ketegangan politik Israel.

Keadaan ini menyebabkan pembeli memilih untuk menangguhkan keputusan membeli.

Selain itu, MyTown mengakui kelembapan jualan juga dipengaruhi oleh penyusunan semula bahagian pemasaran dan jualan, termasuk pelantikan naib presiden baharu serta pertukaran agensi iklan.

Akibatnya, syarikat tidak menjalankan kempen pemasaran secara aktif pada suku tersebut.

Kelembapan jualan dan kos pembinaan yang meningkat akibat perang Gaza dan konflik dengan Iran telah menjejaskan prestasi kewangan syarikat.

Hasil suku kedua susut 64 peratus kepada NIS 11.8 juta, dengan MyTown merekodkan kerugian bersih NIS 7.6 juta berbanding keuntungan NIS 1 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Bagi separuh pertama 2025, hasil jatuh 25 peratus kepada NIS 32 juta, manakala kerugian bersih meningkat kepada NIS 10.7 juta. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author