Connect with us

Antarabangsa

Lelaki India menyamar wanita murtad sebar kandungan anti-islam di media sosial

Published

on

Foto: Gambar profil palsu yang digunakan.
  • Pendedahan berlaku selepas akaun yang menggunakan nama Fatima Khatun, memuat naik hantaran bertajuk “11 sebab” meninggalkan Islam, dengan dakwaan bahawa agama Islam mengajar kebencian terhadap komuniti lain.
  • Beberapa pengguna kemudian menyiasat akaun itu dan berkongsi tangkap layar yang membongkar identiti sebenar Fatima Khatun – ia sebenarnya seorang lelaki bernama Pankaj Srivastav, yang menetap di Patna, India.
  • Tangkap layar itu juga menunjukkan bahawa gambar profil yang digunakan adalah palsu, diambil daripada gambar rawak seorang wanita di Instagram, kemudian disunting secara digital

 

PATNA – Sebuah akaun media sosial di platform X yang menyamar sebagai seorang wanita, dengan nama Fatima Khatun, kononnya telah meninggalkan Islam dan kerap mengkritik umat Islam serta nilai agama mereka, telah didedahkan sebenarnya dikendalikan seorang lelaki India dari Patna.

 

Pendedahan ini berlaku selepas akaun tersebut, yang menggunakan nama Fatima Khatun, memuat naik hantaran bertajuk “11 sebab” meninggalkan Islam, dengan dakwaan bahawa agama Islam mengajar kebencian terhadap komuniti lain.

Akaun itu juga didapati menggunakan bahasa menghina terhadap tokoh-tokoh Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Hantaran tersebut tular di X, dengan menerima lebih 14 juta tontonan, 162 tanda suka, dan 28 perkongsian semula.

Foto: Tangkap layar ciapan @Fatima_Khatun01 di X.

 

Individu yang menyamar Fatima Khatun turut mendakwa bahawa kerajaan Pakistan telah membuat aduan kepada pihak X berhubung hantaran akaun tersebut, dan memuat naik tangkap layar e-mel daripada platform itu yang menyatakan mereka telah menerima aduan daripada Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan (PTA).

 

Foto: Tangkap layar ciapan @TA_backup_2nd di X.

Ketika akaun itu terus menyebarkan retorik anti-Islam dan membuat pelbagai dakwaan, beberapa pengguna X cuba menyiasat latar belakang akaun berkenaan menggunakan alat keselamatan siber.

Beberapa pengguna kemudian berkongsi tangkap layar yang membongkar identiti sebenar Fatima Khatun – ia sebenarnya adalah seorang lelaki bernama Pankaj Srivastav, yang menetap di Patna, India.

Foto: Tangkap layar ciapan @TA_backup_2nd di X.

 

Tangkap layar itu juga menunjukkan bahawa gambar profil yang digunakan adalah palsu; ia diambil daripada gambar rawak seorang wanita di Instagram, kemudian disunting secara digital dan digunakan untuk menyamar sebagai wanita Muslim yang murtad.

Sebelum ini, beberapa akaun yang menyokong Israel dan menyebarkan naratif anti-Islam turut didedahkan sebagai dikendalikan dari India. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author