Connect with us

Antarabangsa

Kebebasan bersuara AS terancam: “Saya tidak kenal negara saya lagi” – Angelina Jolie

Published

on

Foto: Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie
  • “Saya sayang negara saya, tetapi pada masa ini, saya tidak mengenali negara saya. Saya sentiasa hidup dalam persekitaran antarabangsa, keluarga saya, sahabat saya, kehidupan saya. Dunia pandangan saya adalah setara, bersatu dan bersifat antarabangsa. Apa sahaja yang membahagi atau mengehadkan kebebasan individu di mana-mana adalah sesuatu yang sangat berbahaya,” – Angelina Jolie
  • Kenyataan Jolie dibuat hanya beberapa hari selepas rancangan bual bicara Jimmy Kimmel Live! digantung untuk tempoh yang tidak ditentukan oleh saluran ABC milik Disney, selepas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), Brendan Carr, mengkritik komen hos tersebut berhubung kes tembakan yang meragut nyawa tokoh konservatif Charlie Kirk.

 

Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie meluahkan rasa kecewa terhadap ancaman kebebasan bersuara di Amerika Syarikat dengan berkata beliau kini “tidak lagi mengenali negaranya sendiri”.

Dalam sidang media di Festival Filem San Sebastián, Sepanyol pada Ahad lalu, pemenang Oscar itu ditanya mengenai ketakutannya sebagai seorang artis dan juga rakyat Amerika.

“Itu soalan yang sangat sukar.

“Saya sayang negara saya, tetapi pada masa ini, saya tidak mengenali negara saya. Saya sentiasa hidup dalam persekitaran antarabangsa, keluarga saya, sahabat saya, kehidupan saya. Dunia pandangan saya adalah setara, bersatu dan bersifat antarabangsa. Apa sahaja yang membahagi atau mengehadkan kebebasan individu di mana-mana adalah sesuatu yang sangat berbahaya,” jawab Jolie.

Tambahnya, dalam era yang tegang ini, mereka perlu amat berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kenyataan Jolie dibuat hanya beberapa hari selepas rancangan bual bicara Jimmy Kimmel Live! digantung untuk tempoh yang tidak ditentukan oleh saluran ABC milik Disney, selepas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), Brendan Carr, mengkritik komen hos tersebut berhubung kes tembakan yang meragut nyawa tokoh konservatif Charlie Kirk.

Penggantungan itu mencetuskan reaksi lantang daripada bintang terkenal seperti Olivia Rodrigo, Pedro Pascal, Tatiana Maslany dan Mark Ruffalo.

Mereka menyifatkan keputusan itu sebagai penindasan kebebasan bersuara. Ruffalo, yang terkenal dengan watak Hulk dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), malah memberi amaran bahawa saham Disney akan jatuh lebih teruk jika rancangan Kimmel dibatalkan.

Sementara itu, Damon Lindelof, pencipta siri terkenal Lost, berikrar tidak akan bekerjasama dengan Disney+ selagi rancangan Kimmel tidak dikembalikan.

Manakala Maslany menggesa pengikutnya membatalkan langganan Disney+.

Dalam satu tulisan di Deadline, penulis dan pemenang Emmy, Dan Gilroy, turut membuat perbandingan antara penggantungan tersebut dengan gambaran “pengambilalihan fasis” dalam siri Andor, menegaskan bahawa tindakan Disney mencerminkan tekanan politik era Trump.

“Alat pemerintahan Donald Trump, paksaan dan ugutan  kini menyasarkan Hollywood,” tulis Gilroy.

Kebimbangan Jolie dan gelombang bantahan artis lain menonjolkan ketegangan yang semakin meningkat di Amerika Syarikat berhubung isu kebebasan bersuara, sekali gus menimbulkan persoalan tentang peranan korporat besar dan kerajaan dalam mengawal naratif awam.- The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author