Connect with us

Antarabangsa

Enam maut selepas makan tiram tercemar bakteria pemakan daging di Louisiana

Published

on

Foto: Bakteria pemakan daging Vibrio vulnificus
  • Menurut laporan The Independent, Louisiana kini merekodkan 34 jangkitan, peningkatan tahunan tertinggi dalam tempoh lebih sedekad.
  • Pegawai Jabatan Kesihatan Louisiana, Jennifer Armentor, menyifatkan keadaan itu sebagai “amat serius ketika ini” dalam satu mesyuarat Louisiana Oyster Task Force.
  • Ramai individu yang dijangkiti boleh jatuh sakit teruk dan memerlukan rawatan intensif atau pemotongan anggota badan. Kira-kira satu daripada lima pesakit meninggal dunia, ada yang dalam masa hanya satu hingga dua hari selepas jatuh sakit,” kata jabatan itu.

 

LOUISIANA – Dua lagi individu dilaporkan maut selepas memakan tiram yang dituai dari perairan Louisiana dan tercemar dengan bakteria pemakan daging Vibrio vulnificus, menjadikan jumlah kematian di negeri itu meningkat kepada enam kes sepanjang tahun 2025.

Menurut laporan The Independent, Louisiana kini merekodkan 34 jangkitan, peningkatan tahunan tertinggi dalam tempoh lebih sedekad.

Kes terbaharu berlaku di dua restoran berasingan, masing-masing di Louisiana dan Florida.

Pegawai Jabatan Kesihatan Louisiana, Jennifer Armentor, menyifatkan keadaan itu sebagai “amat serius ketika ini” dalam satu mesyuarat Louisiana Oyster Task Force.

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Louisiana melaporkan empat kematian dan 17 kes dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Vibrio vulnificus setakat 31 Julai.

“Ramai individu yang dijangkiti boleh jatuh sakit teruk dan memerlukan rawatan intensif atau pemotongan anggota badan. Kira-kira satu daripada lima pesakit meninggal dunia, ada yang dalam masa hanya satu hingga dua hari selepas jatuh sakit,” kata jabatan itu.

Setakat ini, 22 jangkitan di Louisiana telah menyebabkan pesakit dimasukkan ke hospital, dengan lebih 80 peratus berpunca daripada luka terbuka yang terdedah kepada air laut.

Florida pula melaporkan 23 kes jangkitan dan lima kematian akibat bakteria sama pada tahun ini.

Data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat turut mengesahkan bahawa kadar kematian akibat Vibrio vulnificus adalah sekitar 20 peratus, malah kebanyakan kes berakhir dengan kematian dalam masa beberapa hari. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author