Connect with us

Antarabangsa

China menentang keras tindakan Israel cabuli kedaulatan dan keselamatan wilayah Qatar

Published

on

Foto: Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian
  • China mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang berlaku di Doha, ibu negara Qatar pada Selasa.
  • Kami amat bimbang akan serangan berkenaan yang mungkin mengakibatkan situasi serantau menjadi lebih meruncing, dan kami tidak berpuas hati terhadap tindakan berkenaan yang sengaja menjejaskan rundingan mengenai gencatan senjata di Gaza.

BEIJING – China menentang sekeras-kerasnya tindakan Israel yang mencabuli kedaulatan dan keselamatan wilayah Qatar, dan menasihati suatu negara kuasa besar supaya mengutamakan kedamaian dan kestabilan serantau, memainkan peranan konstruktif dalam mendorong gencantan senjata dan mengurangkan ketegangan serantau, kata Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian.

Lin dalam satu sidang media di sini pada Rabu berkata, China mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang berlaku di Doha, ibu negara Qatar pada Selasa.

“Kami amat bimbang akan serangan berkenaan yang mungkin mengakibatkan situasi serantau menjadi lebih meruncing, dan kami tidak berpuas hati terhadap tindakan berkenaan yang sengaja menjejaskan rundingan mengenai gencatan senjata di Gaza,” kata beliau.

Lin menegaskan bahawa kedamaian Asia Barat tidak dapat diwujudkan melalui tindakan kekerasan.

China dengan tegas menyeru pelbagai pihak terlibat terutamanya Israel untuk meningkatkan usaha positif bagi meredakan pertempuran dan menyambung semula rundingan, dan bukan bertindak sebaliknya. – BERNAMA-CMG

 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author