Connect with us

Antarabangsa

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia dinamakan suspek kes rasuah

Published

on

Foto: bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Nadiem Makarim
  • Nadiem Makarim sebagai suspek dalam kes rasuah yang didakwa menyebabkan kerugian negara sebanyak 1.9 trilion rupiah (US$120 juta).
  • Kes itu berkaitan dengan perolehan komputer riba di bawah program pendigitalan seluruh negara, dasar utama yang diperkenalkan semasa tempoh perkhidmatan Nadiem.
  • Nadiem didakwa di bawah Undang-Undang Pembanterasan Rasuah 1999 dan Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup kerana menyebabkan kerugian negara dan menyalahgunakan dana awam.

JAKARTA – Pejabat Peguam Negara Indonesia (AGO) pada Khamis menamakan bekas Menteri Pendidikan, Nadiem Makarim sebagai suspek dalam kes rasuah yang didakwa menyebabkan kerugian negara sebanyak 1.9 trilion rupiah (US$120 juta).

Kes itu berkaitan dengan perolehan komputer riba di bawah program pendigitalan seluruh negara, dasar utama yang diperkenalkan semasa tempoh perkhidmatan Nadiem.

“Bukti mencukupi untuk menamakan bekas menteri itu sebagai suspek telah dikumpulkan,” kata Pengarah Penyiasatan Jenayah Khas AGO, Nurcahyo Jungkung Madyo.

Nadiem didakwa di bawah Undang-Undang Pembanterasan Rasuah 1999 dan Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup kerana menyebabkan kerugian negara dan menyalahgunakan dana awam. – BERNAMA.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author