Connect with us

Antarabangsa

Wanita mati dipatuk Ular, Bomoh dakwa boleh hidupkan semula dengan tahi lembu

Published

on

Foto: Seorang bomoh tempatan, Baba Kripal Das
  • Sebaik mayat Kalavati, 60 tahun dibawa pulang ke rumah, seorang bomoh tempatan dikenali sebagai Baba Kripal Das mendakwa mampu menghidupkan semula Kalavati melalui ritual khas.
  • Atas nasihatnya, keluarga menanam mayat mangsa ke dalam longgokan tahi lembu pada jam 8 malam, sambil diperhatikan ratusan penduduk yang berharap menyaksikan “keajaiban”.
  • Baba Kripal Das berjanji wanita itu akan hidup semula dalam masa 24 jam.

Uttar Pradesh — Kejadian penuh tahyul mengejutkan penduduk Kampung Chakpurva di Sitapur apabila seorang wanita berusia 60 tahun yang mati akibat dipatuk ular, ditanam dalam timbunan tahi lembu atas arahan seorang bomoh.

Mangsa, Kalavati, isteri kepada mendiang Arjun, dipatuk ular berbisa pada Khamis lalu.

Beliau dibawa ke pusat kesihatan di Biswan Khurd sebelum dirujuk ke Hospital BCM Khairabad, namun doktor mengesahkan beliau sudah meninggal dunia.

Namun, sebaik mayat dibawa pulang ke rumah, seorang bomoh tempatan dikenali sebagai Baba Kripal Das mendakwa mampu menghidupkan semula Kalavati melalui ritual khas.

Atas nasihatnya, keluarga menanam mayat mangsa ke dalam longgokan tahi lembu pada jam 8 malam, sambil diperhatikan ratusan penduduk yang berharap menyaksikan “keajaiban”.

Polis tempatan turut hadir ke lokasi dan cuba meyakinkan keluarga agar menghentikan perbuatan itu, tetapi mereka enggan kerana percaya pada kata-kata bomoh tersebut.

Baba Kripal Das berjanji wanita itu akan hidup semula dalam masa 24 jam. Namun selepas tempoh berkenaan, mayat mangsa dikeluarkan tanpa sebarang perubahan.

Lebih mengejutkan, keluarga tidak membuat laporan polis atau menyalahkan bomoh itu walaupun “ritual” berkenaan jelas gagal.

Penduduk kampung yang hadir hanya pulang dengan rasa kecewa dan menyifatkan kejadian itu sebagai satu bentuk kepercayaan karut.

Menurut Ketua Balai Polis Tambore, Rakesh Kumar Singh, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan tetapi tidak dapat menghalang kerana keluarga tetap mempercayai bomoh berkenaan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author