Connect with us

Terkini

Pengeluar Ozempic berdepan saman AS$2 bilion akibat kesan sampingan serius

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Hampir 2,000 saman mendakwa Ozempic menyebabkan masalah kesihatan termasuk kelumpuhan perut dan kehilangan penglihatan.
  • Sokongan selebriti dan penggunaan di luar indikasi (off-label) telah melonjakkan popularitinya melebihi rawatan diabetes.
  • Prosiding undang-undang sedang berjalan, dengan perbicaraan awal dijangka pada 2026 dan pampasan berpotensi melebihi AS$2 bilion.

WASHINGTON – Syarikat pengeluar Ozempic, ubat yang diluluskan untuk diabetes jenis 2 tetapi digunakan secara meluas untuk penurunan berat badan, kini dilaporkan berdepan saman farmaseutikal terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 

Menurut Financial Express, hampir 2,000 saman telah difailkan di mahkamah Amerika Syarikat (AS) terhadap syarikat Novo Nordisk, dengan jumlah pampasan berpotensi mencecah lebih AS$2 bilion.

Ubat yang dihasilkan oleh Novo Nordisk, tergolong dalam kelas ubat yang dikenali sebagai agonis reseptor GLP-1. 

Ia berfungsi dengan menahan selera makan dan mengawal paras gula dalam darah yang menyebabkan populariti ubat berkenaan melonjak sebagai ubat penurunan berat badan. 

Namun, pesakit mendakwa manfaat tersebut hadir bersama kesan sampingan yang mengubah hidup mereka.

Menurut  Financial Express, dokumen mahkamah menyebut kesan sampingan serius termasuk gastroparesis (kelumpuhan perut), halangan usus, muntah berterusan, masalah pundi hempedu, pankreatitis, kerosakan buah pinggang, serta kehilangan penglihatan secara tiba-tiba yang dikaitkan dengan keadaan yang dipanggil NAION. 

Dokumen itu juga menyebut pesakit menyalahkan ubat tersebut atas masalah kesihatan ini serta “komplikasi serius lain yang tidak diberi amaran dengan jelas.”

Novo Nordisk menafikan sebarang salah laku, dengan menyatakan bahawa Ozempic selamat apabila digunakan mengikut preskripsi dan semua ubat mempunyai risiko. 

Namun, saman-saman tersebut berhujah bahawa syarikat gagal mendedahkan bahaya sepenuhnya, khususnya apabila Ozempic menjadi pilihan utama untuk penurunan berat badan bagi individu tanpa diabetes. 

Saman pertama difailkan pada Ogos 2023, dan menjelang Februari 2024, kes-kes tersebut digabungkan di Pennsylvania. 

Sehingga Mei 2025, lebih 1,800 kes masih belum selesai, dengan perbicaraan awal dijangka pada 2026. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author