Antarabangsa
Afghanistan tidak benarkan wilayahnya jadi ancaman kepada China
- Jaminan itu disuarakan Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dalam pertemuannya dengan Menteri Luar China, Wang Yi, yang sedang melakukan lawatan rasmi ke Kabul.
- “Afghanistan tidak akan membenarkan mana-mana individu atau pihak menggunakan wilayahnya untuk melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan China. Kami juga bersedia mempertingkat kerjasama keselamatan dan memerangi keganasan bersama China demi menjamin keamanan serta kestabilan berkekalan di rantau ini,”kata Muttaqi.
KABUL –Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi, menegaskan negaranya tidak akan membenarkan mana-mana individu atau kumpulan menggunakan wilayah Afghanistan untuk menjalankan aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan dan kepentingan China
Jaminan itu disuarakan dalam pertemuannya dengan Menteri Luar China, Wang Yi, yang sedang melakukan lawatan rasmi ke Kabul, lawatan pertama beliau ke Afghanistan.
“Afghanistan tidak akan membenarkan mana-mana individu atau pihak menggunakan wilayahnya untuk melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan China.
“Kami juga bersedia mempertingkat kerjasama keselamatan dan memerangi keganasan bersama China demi menjamin keamanan serta kestabilan berkekalan di rantau ini,”kata Muttaqi.
Kenyataan itu dilihat sebagai komitmen Afghanistan untuk menangkis kebimbangan Beijing berhubung ancaman kumpulan pengganas, khususnya East Turkistan Islamic Movement (ETIM), yang beroperasi di kawasan sempadan dan dianggap menggugat kepentingan China.
China pada masa sama menyatakan kesediaan memperkukuh kerjasama dalam bidang keselamatan, ekonomi, perdagangan, serta pembangunan infrastruktur, bertepatan dengan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Langkah ini dijangka memberi dimensi baharu kepada hubungan Afghanistan-China, dengan fokus bukan sahaja pada pembangunan tetapi juga usaha bersama memastikan keamanan serantau.-The Merdeka Times