Connect with us

Antarabangsa

Trump arah Google, Microsoft henti gajikan pekerja India, Fokus rakyat AS

Published

on

Foto: Presiden AS, Donald Trump
  • Trump menyelar apa yang disifatkannya sebagai “mentaliti globalis” dalam kalangan syarikat teknologi yang menurut beliau, telah mengecewakan rakyat AS sendiri.
  • “Banyak syarikat teknologi besar menuai keuntungan hasil kebebasan Amerika, tetapi membina kilang di China, menggaji pekerja India dan menyimpan keuntungan di Ireland. Di bawah pentadbiran Trump, semua itu tamat,” tegasnya.

 

WASHINGTON — Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah mengeluarkan arahan tegas kepada syarikat teknologi gergasi seperti Google dan Microsoft agar menghentikan pengambilan pekerja luar negara termasuk dari India, dan sebaliknya memfokuskan kepada penciptaan peluang pekerjaan domestik untuk rakyat Amerika.

Berucap di Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI Summit) di Washington pada Rabu lalu, Trump menyelar apa yang disifatkannya sebagai “mentaliti globalis” dalam kalangan syarikat teknologi yang menurut beliau, telah mengecewakan rakyat AS sendiri.

“Banyak syarikat teknologi besar menuai keuntungan hasil kebebasan Amerika, tetapi membina kilang di China, menggaji pekerja India dan menyimpan keuntungan di Ireland. Di bawah pentadbiran Trump, semua itu tamat,” tegasnya.

Trump menggesa syarikat teknologi AS supaya kembali kepada semangat patriotisme dan kesetiaan nasional.

“Kita mahu syarikat teknologi Amerika benar-benar mengutamakan rakyat Amerika. Itu sahaja yang kami minta,” katanya.

Walaupun dasar-dasar ini mungkin belum memberi kesan segera, penganalisis menjangkakan ia bakal memberi cabaran besar kepada pekerja IT India dan syarikat penyumberan luar antarabangsa yang selama ini banyak menerima kontrak daripada syarikat teknologi AS.

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Trump untuk memperkukuh ekonomi domestik dan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya presiden akan datang.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author