Connect with us

Antarabangsa

TikTok dikecam lantik bekas pegawai tentera Israel terajui polisi ucapan kebencian

Published

on

Foto: Bekas jurulatih Kor Berperisai dalam tentera Israel, Erica Mindel
  • Pelantikan ini disahkan oleh TikTok kepada laman Jewish Insider sekaligus mencetuskan kontroversi di media sosial, terutamanya dalam kalangan penyokong Palestin yang melihat langkah itu sebagai satu usaha menyekat suara pro-Palestin di platform berkenaan.
  • Erica Mindel sebelum ini bekas jurulatih Kor Berperisai dalam tentera Israel juga Pengurus Dasar Awam bahagian Ucapan Kebencian di Amerika Syarikat.

 

Aplikasi media sosial popular TikTok berdepan kecaman hebat selepas melantik Erica Mindel, bekas jurulatih Kor Berperisai dalam tentera Israel, sebagai Pengurus Dasar Awam bahagian Ucapan Kebencian di Amerika Syarikat.

Pelantikan ini disahkan oleh TikTok kepada laman Jewish Insider dan mencetuskan kontroversi di media sosial, terutamanya dalam kalangan penyokong Palestin yang melihat langkah itu sebagai satu usaha menyekat suara pro-Palestin di platform berkenaan.

Mindel sebelum ini merupakan kontraktor Jabatan Negara Amerika Syarikat dan pernah bekerja bersama Duta Deborah Lipstadt, utusan khas pentadbiran Biden dalam memantau dan menangani antisemitisme.

Dalam kenyataan rasmi TikTok, tugas Mindel adalah merangka dan memacu pendirian syarikat terhadap ucapan kebencian, mempengaruhi dasar perundangan serta menganalisis trend ucapan kebencian, dengan tumpuan utama terhadap kandungan antisemitik.

Namun latar belakangnya sebagai sukarelawan tentera Israel, yang pernah beliau nyatakan dalam sebuah podcast anjuran American Jewish Committee, telah menimbulkan kegusaran ramai.

Beliau dilapor berkhidmat selama dua tahun dalam unit jurucakap tentera Israel.

Menurut Dan Granot, Pengarah Dasar Antisemitisme Liga Anti Fitnah (Anti-Defamation League) ADL, pelantikan ini dipercayai hasil daripada sesi rundingan peringkat tinggi tahun lalu.

Netizen menyifatkan tindakan TikTok sebagai tunduk kepada tekanan ADL, terutama selepas aplikasi itu menghadapi kemungkinan pengharaman di AS.

Tahun ini, satu rang undang-undang untuk melarang TikTok telah diluluskan di Kongres dengan 352 undian menyokong dan 65 menolak.

Undang-undang itu menggesa ByteDance, pemilik TikTok dari China, menjual aplikasi itu kepada syarikat AS atau berdepan larangan. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author