Terkini
Sekatan ekonomi, tarif, jika Rusia tak tamatkan perang Ukraine
- Menyifatkan perang itu sebagai “perang yang sangat berdarah,” Presiden AS itu menekankan bahawa mencapai perjanjian gencatan senjata adalah soal “logik akal.”
- “Saya akan umumkannya mungkin malam ini atau esok, tiada sebab untuk tunggu.”
- “Ia akan melibatkan sekatan dan mungkin tarif, tarif sekunder,” katanya.
LONDON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam Rusia dengan sekatan dan tarif sekunder sekiranya mereka tidak menamatkan perang di Ukraine dalam tempoh “sekitar 10 atau 12 hari,” jauh lebih awal daripada tarikh akhir sebelumnya.
“Saya akan umumkannya mungkin malam ini atau esok, tiada sebab untuk tunggu,” katanya dalam sidang media bersama Perdana Menteri Britain, Keir Starmer di salah satu kelab golf komersial presiden itu di Scotland.
Tarikh akhir terdahulu selama 50 hari sepatutnya jatuh sekitar awal September.
“Ia akan melibatkan sekatan dan mungkin tarif, tarif sekunder,” kata Trump mengenai kemungkinan tekanan dikenakan kepada Rusia, namun menambah beliau akan melakukannya dengan berat hati kerana “Saya sayangkan rakyat Rusia, mereka adalah orang yang hebat.”
Menyifatkan perang itu sebagai “perang yang sangat berdarah,” Presiden AS itu menekankan bahawa mencapai perjanjian gencatan senjata adalah soal “logik akal.”
Beliau turut berkata bahawa sebanyak tiga kali mereka kelihatan hampir mencapai gencatan senjata, namun “tiba-tiba peluru berpandu menyerang (ibu kota Ukraine) Kyiv… Apa sebenarnya semua itu?”
Beliau menambah dengan nada kecewa: “Perkara ini telah berlaku terlalu banyak kali dan saya tidak suka akan hal itu.” – The Merdeka Times