Connect with us

Antarabangsa

Sebahagian besar doktor adalah pengganas di Gaza – Utusan khas Israel

Published

on

Foto: Utusan Khas Israel bagi Perdagangan dan Inovasi, Fleur Hassan-Nahoum
  • Dalam temu bual tegang bersama wartawan Krishnan Guru-Murthy, Hassan-Nahoum menyatakan doktor-doktor di Gaza menyembunyikan pengganas dalam terowong di bawah hospital dan menyifatkan mereka sebagai doktor-doktor yang kononnya merawat tetapi sebenarnya membantu Hamas.
  • “Mereka yang kononnya digelar doktor ini terlibat dalam pembunuhan tahanan Israel.Saya yakin ia akan dibuktikan tidak lama lagi,” jelas Fleur.
  • Namun beliau tidak mengemukakan sebarang bukti konkrit bagi menyokong dakwaan itu.

 

Utusan Khas Israel bagi Perdagangan dan Inovasi, Fleur Hassan-Nahoum mencetuskan kontroversi apabila mendakwa bahawa kebanyakan doktor di hospital-hospital Gaza terlibat dalam aktiviti keganasan dan menyembunyikan militan Hamas di bawah fasiliti perubatan.

Kenyataan tersebut dibuat dalam satu temu bual bersama Channel 4 News, ketika beliau mempertahankan tindakan ketenteraan Israel di wilayah Palestin yang semakin menerima kecaman antarabangsa.

Dalam temu bual tegang bersama wartawan Krishnan Guru-Murthy, Hassan-Nahoum menyatakan bahawa doktor-doktor di Gaza menyembunyikan pengganas dalam terowong di bawah hospital dan menyifatkan mereka sebagai doktor-doktor yang kononnya merawat tetapi sebenarnya membantu Hamas.

Namun beliau tidak mengemukakan sebarang bukti konkrit bagi menyokong dakwaan itu.

“Mereka yang kononnya digelar doktor ini terlibat dalam pembunuhan tahanan Israel.Saya yakin ia akan dibuktikan tidak lama lagi,” jelas Fleur.

Apabila diasak mengenai penahanan dan penyeksaan ke atas doktor Gaza yang kemudiannya dibebaskan, Hassan-Nahoum menegaskan bahawa Israel mempunyai sebab risikan yang mencukupi untuk menyoal siasat mereka.

“Mereka tidak ditahan sembarangan, maklumat mereka boleh menyelamatkan nyawa,” katanya mempertahankan taktik Israel sebagai langkah mempertahankan diri seperti mana negara normal akan lakukan.

Wartawan kemudiannya mempersoalkan kecaman 25 negara Eropah serta Australia dan New Zealand terhadap tindakan Israel yang dianggap membunuh orang awam secara tidak berperikemanusiaan.

Namun Hassan-Nahoum membalas dengan menyifatkan kenyataan-kenyataan itu sebagai “propaganda Hamas” yang telah dimainkan sejak awal konflik pada Oktober 2023.

Dalam perbincangan yang sama, Hassan-Nahoum turut mendakwa Hamas enggan menandatangani perjanjian gencatan senjata yang sedang dirundingkan di Doha, walaupun Israel telah menunjukkan sikap kompromi.

Beliau menyalahkan Hamas sebagai pihak yang menghalang penghentian perang, dan menyeru masyarakat antarabangsa menekan Hamas, bukannya Israel.

Guru-Murthy turut menyoal keputusan Israel membuka serangan baharu di Deir al-Balah, lokasi yang didakwa menjadi tempat tahanan tebusan.

Keluarga tebusan mendakwa tindakan ini bakal membahayakan nyawa warga Israel sendiri dan mendakwa ia bertujuan mempertahankan kedudukan politik Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Hassan-Nahoum menolak dakwaan itu sambil berkata keluarga tebusan berhak meluahkan keresahan mereka.

Beliau turut menegaskan bahawa Hamas hanya akan berkompromi dalam perjanjian tebusan ketika di bawah serangan.

“Jika dunia benar-benar mahu membantu, mereka patut menekan Hamas supaya menyerahkan kuasa, agar rakyat Palestin dapat menikmati kehidupan lebih baik di Gaza,” tambahnya.

Kenyataan Hassan-Nahoum menerima kecaman meluas daripada kumpulan hak asasi dan pemerhati antarabangsa yang menyifatkannya sebagai cubaan untuk menjustifikasikan serangan terhadap fasiliti kesihatan dan pekerja perubatan satu tindakan yang boleh diklasifikasikan sebagai jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author