Connect with us

Terkini

Kajian dedah India penyumbang terbesar mesej kebencian anti-Muslim di media sosial

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Satu daripada kajian berkenaan yang dijalankan pada tahun 2021 yang menganalisis 3.7 juta ciapan anti-Muslim di platform X, didapati bahawa 55% daripada ciapan tersebut datang daripada akaun-akaun yang berpusat di India.
  • Jumlah itu melebihi gabungan semua negara lain di seluruh dunia, menjadikan India sebagai penyumbang utama kepada penyebaran mesej Islamofobia global.
  • Laporan lanjut mendedahkan bahawa organisasi India di luar negara turut berkoordinasi dengan pihak dalam negara India untuk menyebarkan kebencian terhadap Muslim, serta menyebarkan penipuan dan maklumat palsu.

 

TORONTO – Satu pendedahan mengejutkan daripada beberapa kajian dan agensi keselamatan antarabangsa dari 2021 hingga 2024 menunjukkan  lebih separuh mesej kebencian terhadap umat Islam di Barat, termasuk golongan mualaf, berpunca dari satu negara di Timur: India.

Satu daripada kajian berkenaan yang dijalankan pada tahun 2021 yang menganalisis 3.7 juta ciapan anti-Muslim di platform X (dahulunya Twitter), didapati bahawa 55% daripada ciapan tersebut datang daripada akaun-akaun yang berpusat di India.

Jumlah itu melebihi gabungan semua negara lain di seluruh dunia, menjadikan India sebagai penyumbang utama kepada penyebaran mesej Islamofobia global.

Laporan lanjut mendedahkan bahawa organisasi India di luar negara turut berkoordinasi dengan pihak dalam negara India untuk menyebarkan kebencian terhadap Muslim, serta menyebarkan penipuan dan maklumat palsu.

Aktiviti itu dilihat selari dengan naratif yang dibawa parti politik berhaluan kanan, Bharatiya Janata Party (BJP), yang kini mentadbir India.

Pada Mac 2024, Perkhidmatan Perisikan Keselamatan Kanada (CSIS) memaklumkan kepada sebuah jawatankuasa parlimen bahawa kerajaan India terlibat secara aktif dalam campur tangan asing, khususnya dengan agenda nasionalis Hindu yang mensasarkan komuniti Sikh dan Muslim di Kanada dengan tujuan marginalisasi politik.

Siasatan ini diperkuatkan lagi pada Oktober 2024 apabila Pasukan Polis Diraja Kanada (RCMP) secara terbuka mendedahkan bukti penglibatan kerajaan India dalam tindakan keganasan di atas tanah Kanada, termasuk campur tangan asing yang berterusan.

Kes ini kini dalam siasatan Jawatankuasa Tetap Dewan Rakyat Kanada mengenai Keselamatan Awam dan Keselamatan Negara.

Pendedahan ini memberi amaran jelas mengenai skala pengaruh politik dan media India yang melangkaui sempadan, serta impaknya terhadap keselamatan dan keharmonian komuniti Muslim global, termasuk mereka yang baru memeluk Islam di negara-negara Barat.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author