Connect with us

Terkini

Budak lelaki 14 tahun diserang secara seksual, dirakam, ditikam 24 kali

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis telah menahan enam orang sebelum ini, termasuk dua orang dewasa, dan kini telah menahan tiga lagi kanak-kanak bawah umur dari sebuah kem keagamaan Hindu.
  • Keseluruhan kejadian itu dirakam melalui telefon oleh tertuduh, yang kemudian menikam budak lelaki itu sebanyak 24 kali sebelum mencampakkan mayatnya ke dalam terusan.

 

NEW DELHI – Beberapa minggu selepas seorang budak lelaki berusia 14 tahun dibunuh dan mayatnya ditemui di Terusan Munak, Haidepur, India, laporan bedah siasat mendedahkan bahawa dia telah diserang secara seksual.

Polis telah menahan enam orang sebelum ini, termasuk dua orang dewasa, dan kini telah menahan tiga lagi kanak-kanak bawah umur dari sebuah kem keagamaan Hindu.

Menurut polis yang dilaporkan Times  of India, motif pembunuhan itu adalah disyaki remaja terbabit menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah kepada dua individu,  yang mana salah seorang daripadanya telah membelasah tertuduh utama sebelum ini.

Keseluruhan kejadian itu dirakam melalui telefon oleh tertuduh, yang kemudian menikam budak lelaki itu sebanyak 24 kali sebelum mencampakkan mayatnya ke dalam terusan.

“Kami telah menahan tiga lagi kanak-kanak bawah umur yang ditemui bersembunyi di kem keagamaan Hindu di Meerut,” kata seorang pegawai kanan polis, sambil menambah bahawa sepasukan sembilan anggota polis telah menyamar sebagai peserta kem keagamaan itu untuk menangkap tiga remaja bawah umur terbabit.

Telefon yang dirakamkan perbuatan ngeri itu turut ditemui daripada mereka.

Polis menerima amaran bilik kawalan sekitar jam 3.10 petang pada 1 Julai mengenai mayat yang dikesan di Terusan Munak di Haiderpur.

Sepasukan pasukan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang budak lelaki terbaring berbogel di dalam terusan dengan selendang diikat di lehernya. Terdapat banyak kesan tikaman di badannya.

Tanda tatu dan struktur badan yang langsing membantu polis mengenal pasti mayat itu sebagai mayat budak lelaki berusia 14 tahun yang merupakan penduduk Siraspur. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author