Connect with us

Terkini

Ahli Parlimen Palestin pertama di Australia ikrar perjuang hak negara Palestin

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Australia, Basem Abdo
  • Basem Abdo, yang dipilih sebagai Ahli Parlimen pada Mei lalu bagi kawasan Calwell di barat laut Melbourne, berkata kepada pengiktirafan negara Palestin adalah “lebih daripada sekadar simbolik.”
  • “Pendirian saya sangat jelas. Saya menyokong pengiktirafan negara Palestin,” kata Basem, yang ibu bapanya meninggalkan Tebing Barat yang diduduki pada tahun 1967.
  • “Ia adalah hak penentuan nasib sendiri. Saya melihatnya sebagai satu hak, bukan sekadar simbolisme,” tambahnya.

ANKARA – Ahli Parlimen pertama Australia yang berketurunan Palestin berikrar akan memperjuangkan pengiktirafan negara Palestin.

Basem Abdo, yang dipilih sebagai Ahli Parlimen pada Mei lalu bagi kawasan Calwell di barat laut Melbourne, berkata kepada SBS News yang dipetik Andolou Anjasi bahawa pengiktirafan negara Palestin adalah “lebih daripada sekadar simbolik.”

Kerajaan Perdana Menteri, Anthony Albanese kini berada di bawah tekanan untuk mengikuti jejak Perancis yang berikrar untuk mengiktiraf negara Palestin, dengan bekas anggota Kabinet Ed Husic turut menggesa agar pengiktirafan dibuat segera.

Pada Isnin lalu, Albanese menyatakan bahawa beliau mahu Australia mengiktiraf kenegaraan Palestin apabila ia merupakan sesuatu yang “lebih daripada satu isyarat.”

Paris telah mengumumkan bahawa ia akan mengiktiraf Palestin sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September ini ketika Perhimpunan Agung bersidang.

“Pendirian saya sangat jelas. Saya menyokong pengiktirafan negara Palestin,” kata Basem, yang ibu bapanya meninggalkan Tebing Barat yang diduduki pada tahun 1967.

“Ia adalah hak penentuan nasib sendiri. Saya melihatnya sebagai satu hak, bukan sekadar simbolisme,” tambahnya.

Basem, yang pernah melawat sendiri Tebing Barat, berkata: “Kita semua bertanggungjawab untuk mempertimbangkan perkara ini dan melihat dari sudut pandang jangka panjang apabila kita cuba membentuk semula keadaan.” – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author