Connect with us

Antarabangsa

Malaysia sokong tindakan India perangi keganasan – Timbalan Menteri Perpaduan

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Saraswathy Kandasamy
  • Menurut laporan The Times of India, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Saraswathy Kandasamy menegaskan pendirian Malaysia yang tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk keganasan.
  • Sokongan turut disuarakan oleh rakan gabungan kerajaan, DAP.
  • “India mengambil langkah mempertahankan kepentingan nasionalnya dan kami berharap kejadian pengganas rentas sempadan seperti ini tidak lagi berlaku di masa hadapan.” Pemimpin DAP, Kulasegaran Murugeson.
  • Jelas The Times of India, pendirian Malaysia ini dilihat sebagai perubahan berbanding tahun 2019, ketika negara ini dilihat menyokong pembentukan blok Islam alternatif bersama Pakistan dan Turkiye.

KUALA LUMPUR — Malaysia menyatakan sokongan padu terhadap pendirian India dalam usaha memerangi keganasan dan menekankan kepentingan keamanan serta kemakmuran serantau semasa lawatan delegasi Parlimen India merentas parti ke negara ini susulan serangan Pahalgam pada 22 April dan Operasi Sindoor.

Menurut laporan The Times of India, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Saraswathy Kandasamy menegaskan pendirian Malaysia yang tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk keganasan.

“India tidak berminat mencetuskan peperangan, sebaliknya memberi tumpuan kepada hala tuju ekonominya.

“Apa yang kami dengar hari ini adalah bahawa negara-negara sahabat seperti Malaysia harus menggunakan pengaruhnya agar Pakistan menolak keganasan dan menumpukan kepada pembangunan rakyat,” katanya pada Isnin.

Saraswathy berkata Malaysia bersedia mengecam sebarang bentuk keganasan dan menyokong keamanan apabila diperlukan, selaras dengan seruan India agar rakan serantau membantu memutuskan kitaran kemiskinan dan konflik.

Delegasi diketuai oleh Ahli Parlimen JDU, Sanjay Jha, telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan pegawai kanan Malaysia dalam siri lawatan ke Asia dan Asia Tenggara.

Sokongan turut disuarakan oleh rakan gabungan kerajaan, DAP.

“India mengambil langkah mempertahankan kepentingan nasionalnya dan kami berharap kejadian pengganas rentas sempadan seperti ini tidak lagi berlaku di masa hadapan,” kata pemimpin DAP, Kulasegaran Murugeson.

Jelas The Times of India, pendirian Malaysia ini dilihat sebagai perubahan berbanding tahun 2019, ketika negara ini dilihat menyokong pembentukan blok Islam alternatif bersama Pakistan dan Turkiye.

Kini pada tahun 2025, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menampilkan pendekatan yang lebih pragmatik dalam peranan serantau  termasuk bekerjasama rapat dengan India dalam hal kestabilan dan pertumbuhan ekonomi.

Dalam satu pertemuan bersama diaspora India Malaysia pada Ahad, Penyelaras Utama Majlis Perpaduan Muslim India Nasional, Wira Shahul Dawood, memuji tindak balas pantas kerajaan India dalam mengendalikan krisis.

“Perdana Menteri memastikan keselamatan semua rakyat, dan amat terpuji kerana tiada insiden keganasan berlaku dalam negara,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada Narendra Modi dan kerajaannya. -The Merdeka Times

Author