Terkini
Hari Raya Aidiladha dijangka Jumaat depan, 6 Jun
- Ia menurut Pusat Astronomi Antarabangsa.
- Pusat berpangkalan di Abu Dhabi itu memaklumkan anak bulan yang menandakan permulaan Zulhijjah 1446H dijangka dapat dilihat esok, lapor Agensi Berita Emirates (WAM) seperti dipetik BERNAMA.
KUALA LUMPUR — Kelompok Muslim di kebanyakan negara Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini (Jumaat), menurut Pusat Astronomi Antarabangsa.
Pusat berpangkalan di Abu Dhabi itu memaklumkan anak bulan yang menandakan permulaan Zulhijjah 1446H dijangka dapat dilihat esok, lapor Agensi Berita Emirates (WAM) seperti dipetik BERNAMA.
Pengarah pusat berkenaan, Mohammad Shawkat Odeh berkata anak bulan itu boleh dilihat menggunakan teleskop di beberapa bahagian Asia Tengah dan Barat, kebanyakan wilayah di Afrika serta Eropah.
Mohammad Shawkat berkata anak bulan juga mungkin dapat dilihat tanpa bantuan teleskop di beberapa bahagian benua Amerika.
Berdasarkan kiraan astronomi itu, 28 Mei ini dijangka menjadi hari pertama Zulhijjah, menjadikan Aidiladha jatuh pada hari ke-10 iaitu Jumaat, 6 Jun. — The Merdeka Times
Please follow and like us:
Teruskan Membaca