Connect with us

Terkini

Pendakwah Firdaus Wong persoal tiga perkara dari artikel ‘eye-dotting’ KP IKIM

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto : Pendakwah dan pempengaruh, Firdaus Wong Wai Hung
  • Pendakwah bebas, Firdaus Wong persoal tiga perkara dari artikel Ketua Pengarah IKIM, Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berhubung isu ‘eye-dotting’ Sambutan Tahun Baru Cina.
  • Artikel bertajuk, “Hadir Perayaan Penganut Agama Lain Tak Bertentangan Akidah”menyatakan dalam konteks upacara menitik mata singa selagi ia dilakukan sebagai simbol budaya dan hanya bertujuan meraikannya tanpa mempercayai sebarang kepercayaan kepada kuasa ghaib, ia tidak tergolong dalam kategori khurafat.
  • Firdaus Wong berkata persoalan pertama beliau berkenaan artikel itu adalah apabila ia ada menyatakan tentang takrifan ciri-ciri khurafat ialah berasal daripada kepercayaan masyarakat lama atau agama lain bertentangan dengan Islam; bersifat tahyul dan tidak berasaskan fakta atau realiti dan mempunyai unsur memohon perlindungan atau pertolongan selain daripada Allah SWT.
  • “Apakah dia (Mohamed Azam) sedar bahawa penulisannya sendiri bercanggah dengan penulisannya sendiri tentang tafsiran ciri-ciri khurafat yang beliau sendiri petik dari JAKIM?
  • “Malahan menurut Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), tujuan titik mata singa adalah untuk membawa tuah dan mengelakkan bala menimpa persembahan tarian singa yang diadakan sempena acara perasmian, perayaan dan sebagainya,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Facebook hari ini.

KUALA LUMPUR — Pendakwah dan pempengaruh, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan tiga perkara daripada artikel tulisan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berhubung isu upacara menitik mata singa atau ‘eye-dotting’ dalam Sambutan Tahun Baru Cina.

Artikel bertajuk, “Hadir Perayaan Penganut Agama Lain Tak Bertentangan Akidah” itu antara lain menyatakan dalam konteks upacara menitik mata singa selagi ia dilakukan sebagai simbol budaya dan hanya bertujuan meraikannya tanpa mempercayai sebarang kepercayaan kepada kuasa ghaib, ia tidak tergolong dalam kategori khurafat.

Mengulas petikan itu, Firdaus Wong berkata persoalan pertama beliau berkenaan artikel itu adalah apabila ia ada menyatakan tentang takrifan ciri-ciri khurafat ialah berasal daripada kepercayaan masyarakat lama atau agama lain bertentangan dengan Islam; bersifat tahyul dan tidak berasaskan fakta atau realiti dan mempunyai unsur memohon perlindungan atau pertolongan selain daripada Allah SWT.

“Apakah dia (Mohamed Azam) sedar bahawa penulisannya sendiri bercanggah dengan penulisannya sendiri tentang tafsiran ciri-ciri khurafat yang beliau sendiri petik dari JAKIM?

“Malahan menurut Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), tujuan titik mata singa adalah untuk membawa tuah dan mengelakkan bala menimpa persembahan tarian singa yang diadakan sempena acara perasmian, perayaan dan sebagainya.

Adat Menitik Mata Singa merupakan satu adat-istiadat untuk membangkitkan semangat singa, membawa ong yang baik, memanggil kemewahan, kesihatan, keharmonian dan kebahagian serta menghalau kejahatan”.

“Itu adalah tafsiran dari sebuah agensi kerajaan. Barangkali KP IKIM boleh menulis surat kepada JKKN untuk mereka memadamkan tafsiran mereka agar sesuai dengan hujahnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang turut berkongsikan pautan ke artikel tulisan Mohamed Azam.

Memetik kenyataan KP IKIM sebagai berkata, “Islam sangat menitikberatkan niat dalam menentukan hukum sesuatu perbuatan” dan “Berdasarkan pemerhatian, upacara menitik mata singa dilakukan lebih kepada simbolik budaya..”, Firdaus Wong mempersoalkan sama ada boleh bagi seseorang Muslim itu membakar colok dan mempersembahkan kepada berhala dengan niat menghormati penganut agama lain tanpa kita percaya pun pada berhala.

Beliau berkata pada 2022, Dr Malar Santhi Santherasegapan yang juga seorang doktor yang aktif di media sosial pernah menegur Muslim yang memakai ‘pottu’ atau ‘bindi’ kerana ‘pottu’ itu adalah kepercayaan.

“Kenapa Dr. Malar tegur? Dia menegur kerana ramai Muslim yang anggap ianya budaya sedangkan ianya budaya yang bersangkut paut dengan agama Hindu.

“KP IKIM juga menulis; “Jika Muslim menghadiri upacara ini dengan niat menghormati budaya kaum lain..”.

“Adakah KP IKIM keliru antara perkataan MENGHADIRI & TERLIBAT (MENITIK MATA SINGA)?” kata Firdaus Wong.

Pendakwah bebas itu juga mengingatkan sama ada KP IKIM atau sesiapa pun yang cuba menjustifikasi perbuatan ‘eye-dotting’ itu sebagai budaya tanpa kaitan dengan kepercayaan, mereka mestilah meminta agensi kerajaan seperti JKKN untuk mengubah atau memadamkan tafsiran mereka dan meminta majoriti jikalau bukan semua pakar tarian singa Cina Belum Muslim untuk menukar tafsiran mereka.

Tegasnya, melakukan atau meninggalkan sesuatu hendaklah berdasarkan taqwa bukan semata-mata menunggu fatwa dan kelompok Muslim perlu memastikan apa dilakukan mereka adalah sesuatu diyakini 100 peratus adalah jawapan terbaik yang boleh diberikan kepada Allah kelak.

“Saya tidak mengeluarkan fatwa halal & haram. Saya cuma berkongsi dan amanah dengan ilmu yang saya ada.

“Saya hanya menetapkan perkara itu pada diri saya dan ahli keluarga saya untuk tidak terlibat dalam ‘eye-dotting’, terlibat atau menjemput tarian singa dan beberapa perkara yang dianggap budaya sahaja oleh orang lain tetapi menerusi kajian dan keyakinan saya, ianya adalah budaya yang mempunyai unsur khurafat.

“Maka saya mengambil pendekatan yang disarankan Nabi; “Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara syubhat -yang masih samar- yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri dari perkara syubhat, maka ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka ia bisa terjatuh pada perkara haram. Sebagaimana ada pengembala yang menggembalakan ternaknya di sekitar tanah larangan yang hampir menjerumuskannya. Ketahuilah, setiap raja memiliki tanah larangan dan tanah larangan Allah di bumi ini adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.” (HR. Bukhari no. 2051 dan Muslim no. 1599),” kata Firdaus Wong. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *