Connect with us

Agama

Tahun Baru Cina: Tarian Singa dan Yee Sang ada unsur khurafat – Firdaus Wong

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pendakwah Bebas, Firdaus Wong
  • Sambutan Tahun Baru Cina adalah sambutan kebudayaan yang didasari dengan kepercayaan, sementara upacara tarian singa dan Yee Sang pula mempunyai unsur khurafat, kata pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Itu antara perkara yang dibentangkan beliau ketika dijemput Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam pembentangan berkaitan sambutan masyarakat Cina seperti Tahun Baru Cina, Perayaan Ching Ming, Kuih Bulan dan sebagainya pada beberapa tahun lalu.
  • “Tanyalah mana-mana Cina Belum Muslim yang jujur adakah semua itu ada kepercayaan tertentu? Tanyalah mereka dan minta mereka bagi rujukan kalau mereka jujur. Kenapa tarian singa mesti buat ‘eye-dotting’ ceremony untuk ‘membuka’ mata singa?,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

KUALA LUMPUR — Sambutan Tahun Baru Cina adalah sambutan kebudayaan yang didasari dengan kepercayaan, sementara upacara tarian singa dan Yee Sang pula mempunyai unsur khurafat, kata pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.

Firdaus Wong berkata itu antara perkara yang dibentangkan beliau ketika dijemput Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam pembentangan berkaitan sambutan masyarakat Cina seperti Tahun Baru Cina, Perayaan Ching Ming, Kuih Bulan dan sebagainya pada beberapa tahun lalu.

 

Foto: Petikan muka surat buku Cina Kiasu Atau Kiasi yang menjelaskan berkenaan fakta Tarian Singa.

 

“Tanyalah mana-mana Cina Belum Muslim yang jujur adakah semua itu ada kepercayaan tertentu? Tanyalah mereka dan minta mereka bagi rujukan kalau mereka jujur. Kenapa tarian singa mesti buat ‘eye-dotting’ ceremony untuk ‘membuka’ mata singa?

“Tanyalah mereka apakah benar tarian singa tu bukan sekadar budaya tetapi juga dipercayai boleh halau roh jahat dan bawa ‘ong’ (tuah). Kenapa awal persembahan mesti ketuk gendang 3 kali tak boleh kurang atau lebih?

 

Foto: Antara muka surat buku Cina Kiasu Atau Kiasi yang menjelaskan berkenaan fakta Yee Sang.

 

“Kenapa bila diketuk 3 kali gendang, ‘singa’ tersebut mesti seolah-olah mengangguk/menyembah 3 kali seiring dengan ketukan gendang?

“Tanyalah kepada mereka kenapa ‘Yee Sang’ mesti 7 warna dan 7 jenis? Kenapa tak boleh kurang atau lebih? Kenapa mesti lambung? Tanya mereka tentang Dewi Nuwa dan penciptaan manusia menurut mitologi Cina,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 

Foto: Tangkap layar hantaran FB Firdaus Wong Wai Hung.

 

Hantaran Facebook itu turut menyertakan beberapa petikan muka surat buku Cina Kiasu Atau Kiasi yang menjelaskan berkenaan fakta Tarian Singa dan Yee Sang.

Menurut Firdaus Wong, selepas mesyuarat itu juga beliau dimaklumkan bahawa mana-mana NGO, surau atau masjid yang ingin menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina atau Perayaan Kuih Bulan, tidak akan diluluskan permohonan mereka.

Katanya, tugas beliau dalam hal itu hanyalah membentangkan hasil kajian yang dilakukan dan memberikan rujukan, manakala sebarang keputusan datang daripada pihak berkenaan.

“Saya mencadangkan kepada pihak JAIS & MAIS ketika itu bahawa adalah lebih baik kita menganjurkan program Rumah Terbuka Aidilfitri & Aidiladha di surau & masjid kerana kerana kedua-duanya adalah syiar Islam.

“Tiada keperluan untuk surau & masjid anjurkan sambutan bukan Islam kononnya atas alasan dakwah tetapi waktu lain, masjid tidak mesra dakwah kepada Belum Muslim,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *