Connect with us

Terkini

Kandungan normalisasi LGBT, Imran Bard mohon maaf

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Tangkap layar ciapan Imran di X @imemerang
  • Pempengaruh media sosial, Imran Bard memohon maaf atas tindakan dia memuat naik kandungan video yang dilihat seakan-akan mempromosi dan menormalisasikan budaya songsang kelompok gay hingga mengundang kritikan ramai pihak baru-baru ini.
  • “Tuduhan bahawa Imran menormalisasikan isu LGBT adalah sesuatu yang sangat berat. Imran akui kesilapan kerana menghasilkan kandungan tersebut berdasarkan rujukan Barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta adat dan budaya Melayu pada ketika itu.
  • “Aku betul-betul nak minta maaf, dan sejujurnya, ia mengambil sedikit masa kerana aku tidak mahu dilihat sebagai seseorang yang “buat salah, minta maaf, pastu buat lagi.”
  • “I know I’ll mess up in other ways in the future, but one thing I can promise it won’t be the same mistake (Saya tahu saya akan melakukan kesilapan lain pada masa hadapan, tetapi satu perkara yang saya boleh janjikan ialah ia tidak akan menjadi kesilapan yang sama),” ciap Imran di X semalam.

KUALA LUMPUR — Pempengaruh media sosial, Imran Bard memohon maaf atas tindakan dia memuat naik kandungan video yang dilihat seakan-akan mempromosi dan menormalisasikan budaya songsang kelompok gay hingga mengundang kritikan ramai pihak baru-baru ini.

Menerusi ciapan di X semalam, Imran mengakui melakukan kesilapan kerana menghasilkan kandungan tersebut berdasarkan rujukan Barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti, adat dan budaya Melayu pada ketika itu.

Imran berkata dia juga mengambil maklum setiap teguran diberikan dan akan berusaha lebih peka serta bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan pada masa akan datang.

“Tuduhan bahawa Imran menormalisasikan isu LGBT adalah sesuatu yang sangat berat. Imran akui kesilapan kerana menghasilkan kandungan tersebut berdasarkan rujukan Barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta adat dan budaya Melayu pada ketika itu.

“Aku betul-betul nak minta maaf, dan sejujurnya, ia mengambil sedikit masa kerana aku tidak mahu dilihat sebagai seseorang yang “buat salah, minta maaf, pastu buat lagi.”

“I know I’ll mess up in other ways in the future, but one thing I can promise it won’t be the same mistake (Saya tahu saya akan melakukan kesilapan lain pada masa hadapan, tetapi satu perkara yang saya boleh janjikan ialah ia tidak akan menjadi kesilapan yang sama),” kata Imran.

Foto: Tangkap layar ciapan Imran di X (Twitter).

Pada 6 Februari lalu, The Merdeka Times melaporkan majoriti netizen Muslim mengkritik kandungan video pempengaruh media sosial itu yang dilihat seakan-akan mempromosi dan menormalisasikan budaya songsang kelompok gay.

Dalam video berdurasi 30 saat bertarikh 28 Januari lalu yang dimuat naik Imran Bard di Instagram, pempengaruh media sosial itu dilihat melakukan beberapa babak ‘mesra’ bersama lelaki lain yang memanggilnya sebagai sayang, termasuk dia beberapa kali dipeluk dari belakang oleh lelaki terbabit semasa sedang memasak.

Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen menyifatkan kandungan video Imran itu sebagai kandungan yang tidak sesuai dan merepek.

Ia juga mendapat teguran Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman yang mengingatkan semua pempengaruh media sosial supaya memastikan setiap kandungan yang dimuatnaik atau dipaparkan di media sosial tidak bertentangan dengan nilai-nilai agama dan norma masyarakat.

Tegasnya, sebarang bentuk kandungan yang boleh dilihat sebagai mempromosikan atau menormalisasikan perbuatan homoseksualiti adalah tidak wajar dan boleh memberikan kesan negatif kepada masyarakat, terutamanya golongan muda yang mudah terpengaruh.

Turut memberi teguran adalah Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang meminta Imran mengubah jenis kandungan video dihasilkannya khususnya apabila ada kandungan dilihat seakan-akan menormalisasikan budaya songsang kelompok gay. — The Merdeka Times

Author