Terkini
Papar video normalisasikan gelagat songsang, Penulis Ebook Seksualiti Kanak-kanak minta Imran Bard ubah “kandungan video”

- Seorang penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak meminta pempengaruh media sosial, Imran Bard mengubah jenis kandungan video yang dihasilkannya khususnya apabila ada kandungan dilihat seakan-akan menormalisasikan budaya songsang kelompok gay.
- Akhi Fairuz Al-Jengkawi menegaskan walaupun Imran mempunyai berjuta-juta pengikut (followers), ia akan menjadi satu kerugian jika kandungan yang dibuat tidak memberi manfaat atau saham akhirat.
- Beliau juga mengingatkan cubaan menormalisasikan LGBT ia akan datang secara perlahan-lahan, bukan secara mendadak dan apabila semakin ramai yang menyokong maka pencipta kandungan (content creator) akan lebih terdorong untuk menghasilkan lebih banyak video berkaitan.
- “Tapi takkanlah tanggungjawab sosial kepada pengikut (followers) langsung tak diambil kira? Sudahlah kes LGBT mencanak naik, kes HIV yang makin meningkat dalam kalangan remaja belia, namun di sosial media gejala ini dijulang oleh pempengaruh dan menjadikan ia bahan lawak? Sekadar konten? Gurauan?
- “Nasihat aku pada Imran, ubahlah konten. Tak perlu kot buat video-video sebegini. Rugi followers berjuta-juta tapi tiada saham akhirat yang disemai,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu lalu yang turut menyertakan tangkap layar artikel bertajuk, “Imran Bard dikritik netizen, papar video seakan normalisasi gay”.
KUALA LUMPUR — Seorang Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak meminta pempengaruh media sosial, Imran Bard mengubah jenis kandungan video yang dihasilkannya khususnya apabila ada kandungan dilihat seakan-akan menormalisasikan budaya songsang kelompok gay.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi menegaskan walaupun Imran mempunyai berjuta-juta pengikut (followers), ia akan menjadi satu kerugian jika kandungan yang dibuat tidak memberi manfaat atau saham akhirat.
Beliau juga mengingatkan bahawa cubaan menormalisasikan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ia akan datang secara perlahan-lahan, bukan secara mendadak dan apabila semakin ramai yang menyokong maka pencipta kandungan (content creator) akan lebih terdorong untuk menghasilkan lebih banyak video berkaitan.
Ia menyebabkan jumlah tontonan (views) meningkat, komen bertambah banyak (mencanak) dan kadar interaksi (engagement) menjadi tinggi, yang seterusnya menggalakkan lebih banyak kandungan sebegini dihasilkan.
“Tapi takkanlah tanggungjawab sosial kepada pengikut (followers) langsung tak diambil kira? Sudahlah kes LGBT mencanak naik, kes HIV yang makin meningkat dalam kalangan remaja belia, namun di sosial media gejala ini dijulang oleh pempengaruh dan menjadikan ia bahan lawak? Sekadar konten? Gurauan?
“Aku faham Imran ni bukan budak jahat… Dia budak baik. Pernah sekali tu dia “hangin” juga bila ada komen kata dia gay. Panjang dia membebel bila komen tu muncul.
“Tapi iyalah, bila kerap sangat buat POV jadi perempuan (walau tak berpakaian perempuan), POV jadi emak-emak, POV tergila-gilakan lelaki handsome, maka tak pelik orang tuduh beliau sebegitu.
“Nasihat aku pada Imran, ubahlah konten. Tak perlu kot buat video-video sebegini. Rugi followers berjuta-juta tapi tiada saham akhirat yang disemai,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu lalu yang turut menyertakan tangkap layar artikel bertajuk, “Imran Bard dikritik netizen, papar video seakan normalisasi gay“.
The Merdeka Times sebelum ini melaporkan majoriti netizen Muslim mengkritik kandungan video Imran yang dilihat seakan-akan mempromosi dan menormalisasikan budaya songsang kelompok gay.
Dalam video berdurasi 30 saat bertarikh 28 Januari lalu yang dimuat naik Imran Bard di Instagram, pempengaruh media sosial itu dilihat melakukan beberapa babak ‘mesra’ bersama lelaki lain yang memanggilnya sebagai sayang, termasuk dia beberapa kali dipeluk dari belakang oleh lelaki terbabit semasa sedang memasak. Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen menyifatkan kandungan video Imran itu sebagai kandungan yang tidak sesuai dan merepek.
Ia juga mendapat teguran Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman yang mengingatkan semua pempengaruh media sosial supaya memastikan setiap kandungan yang dimuatnaik atau dipaparkan di media sosial tidak bertentangan dengan nilai-nilai agama dan norma masyarakat.
Tegasnya, sebarang bentuk kandungan yang boleh dilihat sebagai mempromosikan atau menormalisasikan perbuatan homoseksualiti adalah tidak wajar dan boleh memberikan kesan negatif kepada masyarakat, terutamanya golongan muda yang mudah terpengaruh.
Dalam pada itu, tinjauan TMT hari ini mendapati kandungan video yang mengundang kritikan itu sudah dipadam. — The Merdeka Times
