Connect with us

Antarabangsa

Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan menjadi rakan kongsi BRICS pada 2025 – Kremlin

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Sembilan negara, termasuk Malaysia, secara rasmi akan menyertai BRICS sebagai negara rakan kongsi
  • Sembilan negara, termasuk Malaysia, secara rasmi akan menyertai BRICS sebagai negara rakan kongsi (partner states) pada Januari, kata pembantu presiden Russia, Yuri Ushakov.
  • Bercakap pada taklimat akhbar pada Isnin, Ushakov dipetik RT sebagai berkata Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari.
  • Status ‘negara rakan kongsi’ baharu telah diluluskan pada sidang kemuncak BRICS pada Oktober, dihoskan Russia di Kazan, dan bertujuan untuk menjadi alternatif kepada keahlian selepas lebih 30 negara memohon untuk menyertai organisasi itu. 
  • Status itu memperuntukkan penyertaan tetap dalam sesi khas sidang kemuncak BRICS dan mesyuarat menteri luar serta acara peringkat tinggi yang lain selain boleh menyumbang kepada dokumen hasil kumpulan.

Sembilan negara, termasuk Malaysia, secara rasmi akan menyertai BRICS sebagai negara rakan kongsi (partner states) pada Januari, kata pembantu presiden Russia, Yuri Ushakov.

Ushakov berkata kumpulan ekonomi itu juga terbuka kepada rakan kongsi yang berfikiran sama.

Bercakap pada taklimat akhbar pada Isnin, Ushakov dipetik RT sebagai berkata Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari.

Status ‘negara rakan kongsi’ baharu telah diluluskan pada sidang kemuncak BRICS pada Oktober, dihoskan Russia di Kazan, dan bertujuan untuk menjadi alternatif kepada keahlian selepas lebih 30 negara memohon untuk menyertai organisasi itu. 

Status itu memperuntukkan penyertaan tetap dalam sesi khas sidang kemuncak BRICS dan mesyuarat menteri luar serta acara peringkat tinggi yang lain. 

Negara rakan kongsi juga boleh menyumbang kepada dokumen hasil kumpulan.

BRICS pada mulanya terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, dikembangkan awal tahun ini untuk merangkumi Mesir, Iran, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mengulas lanjut, Ushakov berkata, ketika ini, lebih dua dozen negara menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan BRICS.

Negara itu ialah Azerbaijan, Bangladesh, Bahrain, Burkina Faso, Venezuela, Honduras, Zimbabwe, Kemboja, Colombia, Republik Congo, Laos, Kuwait, Maghribi, Myanmar, Nicaragua, Pakistan, Palestin, Senegal, Syria, Chad, Sri Lanka, Guinea Khatulistiwa dan Sudan Selatan.

Ushakov berkata peranan BRICS dalam politik antarabangsa semakin berkembang. 

Kumpulan kerjasama itu juga telah meningkatkan autoriti dalam bidang ekonomi dan kewangan serta dalam bertindak balas terhadap cabaran iklim dan mengukuhkan keselamatan makanan dan tenaga global. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *