Connect with us

Agama

Proses pengurusan jenazah perlu disegerakan – Mufti Kelantan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto : Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad
  • Mengikut prinsip asas agama Islam, proses pengurusan atau pengebumian jenazah, sama ada kanak-kanak, remaja atau dewasa, perlu disegerakan seberapa yang boleh kecuali terdapat sebab yang tidak dapat dielakkan, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
  • Sebagai contoh pengebumian Nabi yang dahulu terpaksa ditangguhkan sampai keesokkan harinya kerana perlu ada pelantikan khalifah dulu dan selepas itu baru Nabi ditanam.
  • “(Mayat bayi didakwa ditahan kerana ibu bapa belum mampu membayar bil hospital) itu kita panggil halangan yang mendatang bukan dari segi prinsip… Maknanya dari segi prinsip mayat mesti ditanam seberapa segera yang boleh. 
  • “Tetapi oleh kerana ada halangan tadilah iaitu tak dapat bayar bil hospital jadi ditangguhkan (pengebumian) itu, untuk penyelesaian itu boleh dimaafkan kalau halangan itu memang halangan yang tak dapat diatasi, tetapi kalau halangan ada itu boleh diatasi, tak bolehlah di-delay-kan itu (pengebumian) mayat itu,” katanya kepada The Merdeka Times hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sebuah hospital swasta didakwa menahan dan menyimpan jenazah seorang bayi di dalam peti sejuk selama dua minggu selepas ibu bapa kepada bayi tersebut tidak mampu untuk menyelesaikan bil hospital.

KUALA LUMPUR — Mengikut prinsip asas agama Islam, proses pengurusan atau pengebumian jenazah, sama ada kanak-kanak, remaja atau dewasa, perlu disegerakan seberapa yang boleh kecuali terdapat sebab yang tidak dapat dielakkan, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Mohamad Shukri berkata sebagai contoh pengebumian Nabi yang dahulu terpaksa ditangguhkan sampai keesokkan harinya kerana perlu ada pelantikan khalifah dulu dan selepas itu baru Nabi ditanam.

“(Mayat bayi didakwa ditahan kerana ibu bapa belum mampu membayar bil hospital) itu kita panggil halangan yang mendatang bukan dari segi prinsip… Maknanya dari segi prinsip mayat mesti ditanam seberapa segera yang boleh. 

“Tetapi oleh kerana ada halangan tadilah iaitu tak dapat bayar bil hospital jadi ditangguhkan (pengebumian) itu, untuk penyelesaian itu boleh dimaafkan kalau halangan itu memang halangan yang tak dapat diatasi, tetapi kalau halangan ada itu boleh diatasi, tak bolehlah di-delay-kan itu (pengebumian) mayat itu,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sebuah hospital swasta didakwa menahan dan menyimpan jenazah seorang bayi di dalam peti sejuk selama dua minggu selepas ibu bapa kepada bayi tersebut tidak mampu untuk menyelesaikan bil hospital.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata dalam situasi ini tidak sewajarnya pengebumian bayi itu ditangguhkan, tetapi dalam masa sama pihak yang berhutang juga perlu memberikan jaminan bahawa mereka akan menyelesaikan hutang tersebut kepada pihak hospital.

“Wajar tak wajar itu (tindakan menahan jenazah kerana tidak bayar bil hospital) bergantung kepada peraturan hospital itu sendirilah… sebab bila kita dah pergi ke hospital maka apa-apa peraturan yang berlangsung di hospital itu kita kena patuh. 

“Jadi kalau nak tanya kewajaran itu sepatutnya tak wajarlah tangguh (proses pengurusan jenazah itu) sepatutnya berilah mayat itu dikebumikan tapi perlu ada jaminan lain untuk menyelesaikan hutang itu… Sepatutnya dah ibu kena tahan (di hospital), bayi tu patut dibenarkan ditanamlah,” katanya.

Ketika diminta pandangan beliau untuk mengelakkan supaya isu sedemikian tidak berulang, Mohamad Shukri berkata mereka yang berdepan situasi sebegini boleh merujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang ada menyediakan ‘portion’ atau peruntukan untuk membantu mereka menyelesaikan hutang piutang yang tidak dapat diselesaikan dalam kadar segera itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *