Connect with us

Terkini

Isteri sudah diberitahu boleh urus pengebumian dahulu sebelum bayar bil – Hospital swasta

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Tangkap layar artikel berkenaan Hospital swasta tahan, ‘beku’ jenazah bayi selama 2 minggu
  • Hospital Bersalin Razif (HBR) menafikan tuduhan bahawa pihaknya ‘bersikap kejam’ dengan menahan dan menyimpan jenazah seorang bayi lelaki di dalam peti sejuk mayat selama dua minggu kerana bapa kepada bayi berkenaan belum berupaya membayar kos rawatan di situ, sekali gus melambatkan proses pengurusan jenazah.
  • Menurut HBR, ibu bayi berkenaan telah diberitahu bahawa dia boleh menguruskan pengebumian dahulu sebelum membayar bil apabila dia memaklumkan tidak dapat melangsaikan bil keseluruhan RM2,480.
  • Bagaimanapun, ibu bayi berkenaan mengatakan ‘suaminya’ akan menguruskan pengebumian tersebut, maka HBR menunggu mereka untuk membawa bayi itu untuk dikebumikan.
  • “Hari-hari berlalu HBR terus mengingatkan dia untuk menguruskan pengebumian, tetapi dia terus berkata bahawa ‘suami’ yang akan menguruskan…,” katanya menerusi kenyataan media di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Hospital Bersalin Razif (HBR) menafikan tuduhan bahawa pihaknya ‘bersikap kejam’ dengan menahan dan menyimpan jenazah seorang bayi lelaki di dalam peti sejuk mayat selama dua minggu kerana bapa kepada bayi berkenaan belum berupaya membayar kos rawatan di situ, sekali gus melambatkan proses pengurusan jenazah.

Menurut HBR, ibu bayi berkenaan telah diberitahu bahawa dia boleh menguruskan pengebumian dahulu sebelum membayar bil apabila dia memaklumkan tidak dapat melangsaikan bil keseluruhan RM2,480.

Bagaimanapun, ibu bayi berkenaan mengatakan ‘suaminya’ akan menguruskan pengebumian tersebut, maka HBR menunggu mereka untuk membawa bayi itu untuk dikebumikan.

“Hari-hari berlalu HBR terus mengingatkan dia untuk menguruskan pengebumian, tetapi dia terus berkata bahawa ‘suami’ yang akan menguruskan. Dia dilayan dengan baik oleh kakitangan wad, diberikan kaunseling dan makanan percuma.

“‘Suami’ datang melawatnya selama beberapa minit sekali setiap 2 hingga 3 hari. Percubaan untuk bercakap dengan suami mengenai pengebumian tidak berjaya.

“Pihak pengurusan HBR berbincang dengan pesakit untuk mendapatkan polis membantu menguruskan pengebumian, tetapi dia merayu supaya tidak melibatkan pihak polis. Dia terus berkata bahawa semua keputusan perlu dibuat oleh ‘suami’.

“HBR cuba mendapatkan maklumat ahli keluarganya tetapi dia enggan memberikannya kepada sesiapa. Dia mendakwa tinggal di bilik sewa bersama ‘suami’. Dia tidak mempunyai saudara-mara atau rakan-rakan berhampiran,” katanya menerusi kenyataan media di sini pada Rabu.

Foto: Kenyataan Media dikeluarkan Hospital Bersalin Razif (HBR).

Hospital swasta itu menjelaskan ketika situasi awal, ibu bayi berkenaan hadir ke hospital itu dalam keadaan sedang meneran dan mendakwa kehamilannya adalah yang pertama serta tidak pernah melakukan pemeriksaan antenatal sepanjang kehamilan.

HBR mendakwa wanita berkenaan dibawa ke hospital oleh seorang lelaki yang pada awalnya diperkenalkan sebagai suaminya, namun kemudiannya menafikan pernah berkahwin.

“Dia terus dibawa ke bilik bersalin dan melahirkan hampir serta-merta. Bayinya mengalami sindrom siclop yang hanya mempunyai satu mata, hidung tiada dan dubur tidak terbentuk.

“Suntikan rutin diberikan kepada bayi dan rujukan telah dirancang bagaimanapun bayi tersebut meninggal beberapa minit kemudian. Permit pengebumian telah ditandatangani dan doktor memaklumkan kepada ‘suami’ untuk menguruskan pengebumian pada keesokan harinya. ‘Suami’ telah meninggalkan hospital dengan alasan dia perlu pergi ke tempat lain.

“Pesakit tersebut berada dalam keadaan baik dan dibenarkan keluar hospital pada keesokan harinya. Pada hari berikutnya, dia memaklumkan bahawa dia tidak dapat melangsaikan bil keseluruhan sebanyak RM2,480. Dia kemudian diberitahu bahawa dia boleh menguruskan pengebumian dahulu sebelum membayar bil. Dia kemudian berkata ‘suami’ akan menguruskan pengebumian tersebut. Maka HBR menunggu dia untuk membawa bayi tersebut untuk dikebumikan,” katanya.

Terdahulu, sebuah hospital swasta didakwa menahan dan menyimpan jenazah seorang bayi lelaki di dalam peti sejuk mayat selama dua minggu kerana bapa kepada bayi berkenaan belum berupaya membayar kos rawatan di situ.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai kejam, Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official mendakwa bayi lelaki yang diberi nama Adham itu turut dihina apabila dilahirkan dengan satu mata, tiada hidung dan tiada lubang dubur.

Wan Cai berkata pihak hospital juga telah menahan ibu kepada bayi itu daripada keluar wad selagi bayaran tidak dibuat oleh si ayah. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *