Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News

Iran akan ‘membantai’ Israel dengan lebih dahsyat jika negara haram itu membalas serangan Iran, kata Profesor Mohammad Marandi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Profesor, Mohammad Marandi (kanan).

KUALA LUMPUR — Iran akan ‘membantai’ Israel dengan lebih dahsyat jika negara haram itu membalas serangan Iran, kata Profesor Mohammad Marandi.

Pensyarah Kesusasteraan Inggeris dan Orientalisme dari Universiti Tehran itu berkata demikian dalam temu ramah bersama Sky News yang dimuat naik di YouTube pada Rabu.

Membidas kenyataan dan persoalan sinis diajukan wartawan Sky News terhadapnya, Marandi bermula dengan menjelaskan sejarah panjang dan sikap perkauman berterusan rejim zionis Israel sebelum mengancam pembantaian dahsyat rejim itu oleh kerajaan Iran di masa hadapan.

“Saya fikir banyak angan-angannya di pihak kamu dan rakan sekerja kamu di Sky News. Ia pukulan yang dahsyat buat rejim Israel dan sejarah konflik ini bukan berbalik kepada tahun lepas, ia (pengulangan) 76 tahun ketuanan etnik, pembersihan etnik dan ini adalah rejim dengan sentimen perkauman yang kamu sokong.

“Masalahnya ialah kamu tidak dapat mengenali bahawa perbezaan di antara kamu dan kami adalah kamu menyokong perkauman dan hierarki perkauman dan kami menolaknya.

“Dan rejim Israel jika mereka berani menyerang balik Iran, kami akan memukul mereka jauh lebih kuat selepas ini, kami akan membantai mereka sehingga mereka menyerah,” kata Marandi.

Diajukan mengenai ancaman serangan terhadap fasiliti nuklear dan pengeluaran minyak Iran, Marandi tenang menjelaskan kemampuan Iran yang seolah-olah dipandang sebelah mata sebelum mengecam tindakan penyembelihan berterusan rejim zionis Israel ke atas rakyat Palestin.

“Dengar! Daripada beretorik, jujurlah! kerana kamu (ternyata) memperdaya orang-orang kamu sendiri. Iran mempunyai sangat banyak tapak peluru berpandu bawah tanah dengan ratusan ribu peluru berpandu di seluruh negara.

“Ia dibuat selepas pencerobohan AS terhadap Iraq dan Afghanistan untuk menangani potensi berlakunya perang dengan AS. Jadi rejim (Israel) yang kecil ini, ia bukan sebuah negara, ia kumpulan penjajahan, ia koloni berteraskan perkauman yang menggelar diri mereka sendiri  “orang-orang pilihan”.

“Tidak seperti kamu, kami tidak mempercayai konsep “orang pilihan” dan rakyat Palestin di bumi itu diusir dan ditolak ke Gaza dan berterusan disembelih selama 76 tahun, kami tidak akan menyokong perkara seperti itu,” kata Marandi. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *