Connect with us

Terkini

Pengislaman kanak-kanak bawah umur sah dari sudut Islam

Pengislaman kanak-kanak bawah umur tanpa pengetahuan atau kebenaran ibu bapa dari sudut pandang Islam adalah dibenarkan dan sah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.
  • Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata pengislaman kanak-kanak terbabit dari segi Islam sememangnya dibolehkan kerana apabila dia sudah baligh, maka dia boleh memilih agama yang ingin dianuti.
  • “Memang dari segi Islam memang boleh (diislamkan) apabila dia sudah baligh dia boleh memilih agama yang dia mahu dan kita boleh Islamkan dia tapi by law kebanyakan negeri memakai (mencapai umur) 18 tahun (baru boleh masuk Islam tanpa keizinan ibu bapa), termasuk di Sabah,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Khamis.
  • Mufti Sabah berkata demikian ketika diajukan pertanyaan dari sudut pandang Islam apakah seorang kanak-kanak bukan Muslim boleh diislamkan tanpa pengetahuan atau kebenaran ibu bapa.
  • Ia soalan susulan selepas beliau mengulas tentang apakah yang perlu dilakukan asatizah dan bagaimana cara untuk kita membantu sekiranya ada kanak-kanak atau remaja bukan Muslim bawah umur datang kepada kita dan menyatakan beliau ingin masuk Islam.
  • Mengulas isu sama, Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam UM, Profesor Madya Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin berkata terdapat khilaf dalam aspek sah pengislaman kanak-kanak, namun jumhur (pendapat majoriti ulama) memperakui keislaman mereka.

KUALA LUMPUR — Pengislaman kanak-kanak bawah umur tanpa pengetahuan atau kebenaran ibu bapa dari sudut pandang Islam adalah dibenarkan dan sah.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata pengislaman kanak-kanak terbabit dari segi Islam sememangnya dibolehkan kerana apabila dia sudah baligh, maka dia boleh memilih agama yang ingin dianuti.

“Memang dari segi Islam memang boleh (diislamkan) apabila dia sudah baligh dia boleh memilih agama yang dia mahu dan kita boleh Islamkan dia tapi by law kebanyakan negeri memakai (mencapai umur) 18 tahun (baru boleh masuk Islam tanpa keizinan ibu bapa), termasuk di Sabah.

“Biasanya di Sabah ini kita melalui perundinganlah kalau ada (kanak-kanak) bawah 18 tahun (ingin masuk Islam) biasanya kita runding elok-elok dengan keluarga dan yakinkan mereka kebaikan anak mereka masuk Islam.

“Mereka akan jadi anak soleh yang terus taat dan tidak derhaka kepada kedua ibu bapa walaupun mereka bukan Islam dan Alhamdulillah setakat ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Khamis.

Mufti Sabah berkata demikian ketika diajukan pertanyaan dari sudut pandang Islam apakah seorang kanak-kanak bukan Muslim boleh diislamkan tanpa pengetahuan atau kebenaran ibu bapa.

Ia soalan susulan selepas beliau mengulas tentang apakah yang perlu dilakukan asatizah dan bagaimana cara untuk kita membantu sekiranya ada kanak-kanak atau remaja bukan Muslim bawah umur datang kepada kita dan menyatakan beliau ingin masuk Islam.

Mengulas isu sama, Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin berkata terdapat khilaf dalam aspek sah pengislaman kanak-kanak, namun jumhur (pendapat majoriti ulama) memperakui keislaman mereka.

“Pada aspek sah pengislaman kanak-kanak ada khilaf, namun pandangan jumhur perakui keislaman (mereka).

“Dalam konteks perundangan di Malaysia, perlu rujuk pada jabatan agama negeri masing-masing… Kanak-kanak itu perlu dibimbing dan dipantau berterusan tapi kena pastikan bukan sampai ibu bapa bawa mudarat pada dia.

“Bila dah capai umur 18 tahun, boleh bawa dia ke jabatan agama untuk daftar Muslim secara sah,” katanya.

Timbalan Dekan (Penyelidikan), Akademi Pengajian Islam UM, Profesor Dr Che Zarrina Sa’ari pula berkata dari sudut akidah Islam sememangnya tiada halangan bagi sesiapa pun untuk memeluk Islam.

Namun, beliau berkata dari sudut perundangan negara terdapat beberapa perincian untuk menguruskan hal berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *