Terkini
NUJM, GERAMM gesa majikan The Malaysian Insight, The Vibes bayar tunggakan gaji wartawan
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) bersolidariti bersama sekumpulan wartawan The Malaysian Insight dan The Vibes yang berdepan cabaran menuntut bayaran tunggakan gaji selama beberapa bulan dari majikan mereka.
- Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) bersolidariti bersama sekumpulan wartawan The Malaysian Insight dan The Vibes yang berdepan cabaran menuntut bayaran tunggakan gaji selama beberapa bulan dari majikan mereka.
- NUJM dan Geramm dalam kenyataan bersama hari ini menyeru pihak majikan terbabit segera melunaskan semua tunggakan dijanjikan agar pekerja media terlibat dapat menentukan hala tuju masa hadapan masing-masing.
- “Perlu ditegaskan bahawa kegagalan membayar gaji serta lain-lain caruman yang menjadi tanggungjawab majikan adalah merupakan kesalahan di bawah Akta Pekerja 1955.
- “Ini juga jelas merupakan satu bentuk penindasan, serta mencerminkan kelemahan pengurusan di pihak majikan.
- “Adalah amat tidak wajar apabila wartawan sebagai pekerja media dilayan seperti peminta sedekah, sedangkan setiap sen dituntut adalah merupakan hasil kerja keras yang menyumbang kepada operasi syarikat,” kata NUJM dan Geramm dalam kenyataan disiarkan di media sosial mereka hari ini.
KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) bersolidariti bersama sekumpulan wartawan The Malaysian Insight dan The Vibes yang berdepan cabaran menuntut bayaran tunggakan gaji selama beberapa bulan dari majikan mereka.
NUJM dan Geramm dalam kenyataan bersama hari ini menyeru pihak majikan terbabit segera melunaskan semua tunggakan dijanjikan agar pekerja media terlibat dapat menentukan hala tuju masa hadapan masing-masing.
Kenyataan itu berkata, “A ‘free press’ is not free” atau dalam kata lain, ada harga perlu dibayar, termasuk dalam bentuk gaji setimpal untuk membangunkan lanskap media yang bebas.
“Perlu ditegaskan bahawa kegagalan membayar gaji serta lain-lain caruman yang menjadi tanggungjawab majikan adalah merupakan kesalahan di bawah Akta Pekerja 1955.
“Ini juga jelas merupakan satu bentuk penindasan, serta mencerminkan kelemahan pengurusan di pihak majikan.
“Adalah amat tidak wajar apabila wartawan sebagai pekerja media dilayan seperti peminta sedekah, sedangkan setiap sen dituntut adalah merupakan hasil kerja keras yang menyumbang kepada operasi syarikat.
“Tidak dapat dinafikan pekerja media terlibat akan dihimpit tekanan kewangan dan emosi apabila berdepan dengan tanggungjawab untuk terus menyara diri dan keluarga,” kata NUJM dan Geramm dalam kenyataan disiarkan di media sosial mereka hari ini.
Kenyataan itu berkata kelangsungan lanskap media Malaysia juga dipengaruhi jaminan keadilan terhadap pekerja media dan sebarang bentuk pengabaian tidak boleh dibiarkan.
“NUJM dan GERAMM juga menyeru semua pihak agar memberikan sokongan terhadap usaha menuntut hak-hak pekerja media.
“Buat semua pekerja media, menjadi pengamal media untuk menyampaikan berita, tetapi jangan lupa cerita kita,” kata kenyataan bersama NUJM dan Geramm itu. – The Merdeka Times