Connect with us

Antarabangsa

Jika Israel bertindak balas, respons kami akan lebih keras — Presiden Iran

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada Rabu berkata Iran mahukan keamanan tetapi akan bertindak balas dengan lebih keras jika Israel bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu Tehran, lapor agensi berita Anadolu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.
  • Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada Rabu berkata Iran mahukan keamanan tetapi akan bertindak balas dengan lebih keras jika Israel bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu Tehran, lapor agensi berita Anadolu.
  • “Jika Israel bertindak balas, respons kami akan lebih keras. Kami benar-benar menentang pertumpahan darah. Kami sentiasa berkata: kami mahu keamanan, kami mahu ketenangan. Kami tidak mahu darah ditumpahkan di mana-mana negara. Tetapi Israel menolak kami ke arah ini,” kata Pezeshkian dalam sidang akhbar di Doha ketika menghadiri Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD).
  • Pezeshkian berkata pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran oleh Israel memaksa Iran untuk bertindak balas.
  • “Saya merayu kepada Barat: Tolong tarik balik (dan kawal) Israel, kamu yang meletakkan Israel di tengah-tengah rantau ini. Kamu juga berkongsi tanggungjawab dalam pertumpahan darah ini,” katanya.
  • Pezeshkian tiba di Doha pada Rabu untuk lawatan dua hari, lawatan pertama beliau sejak memegang jawatannya pada Jun.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada Rabu berkata Iran mahukan keamanan tetapi akan bertindak balas dengan lebih keras jika Israel bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu Tehran, lapor agensi berita Anadolu.

“Jika Israel bertindak balas, respons kami akan lebih keras.

“Kami benar-benar menentang pertumpahan darah. Kami sentiasa berkata: kami mahu keamanan, kami mahu ketenangan. Kami tidak mahu darah ditumpahkan di mana-mana negara. Tetapi Israel menolak kami ke arah ini,” kata Pezeshkian dalam sidang akhbar di Doha ketika menghadiri Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD).

Pezeshkian menegaskan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran oleh Israel memaksa Iran untuk bertindak balas.

“Tiada negara atau pihak yang boleh menerima perkara ini. Tiada wilayah boleh berkembang atau makmur di bawah bayangan peperangan.

“Saya merayu kepada Barat: Tolong tarik balik (dan kawal) Israel, kamu yang meletakkan Israel di tengah-tengah rantau ini. Kamu juga berkongsi tanggungjawab dalam pertumpahan darah ini,” katanya.

Pezeshkian tiba di Doha pada Rabu untuk lawatan dua hari, lawatan pertama beliau sejak memegang jawatannya pada Jun.

Lawatan Presiden Iran itu berlaku beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Israel pada Selasa.

Serangan itu menyebabkan korban nyawa, kerosakan harta benda dan penutupan ruang udara Israel dengan jutaan rakyatnya bergegas ke tempat perlindungan.

Iran berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Haniyeh dan Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah serta pembunuhan beramai-ramai rejim zionis di Gaza dan Lubnan. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *