Connect with us

Terkini

Lirik lagu GISB sesat, boleh pesong akidah – Timbalan Mufti Kelantan

Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad menasihatkan orang ramai supaya tidak terikut-ikut lagi dengan lirik lagu Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang didakwa membawa fahaman sesat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.
  • Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad menasihatkan orang ramai supaya tidak terikut-ikut lagi dengan lirik lagu Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang didakwa membawa fahaman sesat.
  • Perkara itu bercanggah dengan agama Islam dan perbuatan menyanyikan lagu tersebut yang kini tular di media sosial perlu segera dihentikan.
  • “Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Ashaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial.
  • “Justeru saya menasihatkan supaya hentikannya segera kerana boleh memesongkan akidah,” katanya dipetik Berita Harian selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan dan Anugerah MBOR Penulisan 3 Juta Kalimah Allah di SMU(A) Bustanus Saadah, Morak di Tumpat, Kelantan, hari ini.

KUALA LUMPUR — Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad menasihatkan orang ramai supaya tidak terikut-ikut lagi dengan lirik lagu Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang didakwa membawa fahaman sesat.

Timbalan Mufti Kelantan berkata perkara itu bercanggah dengan agama Islam dan perbuatan menyanyikan lagu tersebut yang kini tular di media sosial perlu segera dihentikan.

“Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Ashaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial.

“Justeru saya menasihatkan supaya hentikannya segera kerana boleh memesongkan akidah,” katanya dipetik Berita Harian selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan dan Anugerah MBOR Penulisan 3 Juta Kalimah Allah di SMU(A) Bustanus Saadah, Morak di Tumpat, Kelantan, hari ini.

Pada 21 September lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dilaporkan giat memantau kandungan media sosial membabitkan GISBH, termasuk video lagu ditularkan dan dijadikan parodi oleh segelintir pengguna.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata antara tindakan yang boleh diambil adalah menurunkan hantaran berkenaan parodi itu dan pihaknya juga meminta orang ramai mendengar nasihat pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), polis dan lain-lain.

Baru-baru ini lagu nyanyian ahli kumpulan terbabit, termasuk melibatkan pengasas Al-Arqam tular di media sosial sehingga mendapat perhatian masyarakat. 

Dalam pada itu,  media melaporkan fatwa mengenai ajaran sesat yang digunakan ketika gerakan Al-Arqam suatu ketika dulu masih lagi relevan untuk diguna pakai jika terbukti perkara sama berlaku dalam GISBH.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dilaporkan berkata tiada keperluan untuk mewujudkan fatwa baharu kecuali dikesan terdapat elemen lain ditemui pihak berkuasa. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *