Terkini
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukan agensi penguatkuasaan undang-undang yang boleh mengambil tindakan terhadap syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
- Presiden Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) JAKIM, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata kenyataan dibuat Dr Abu Hafiz Salleh Hudin melalui media sosial berkaitan peranan JAKIM dalam isu GISBH menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif dalam kalangan orang ramai mengenai peranan dan fungsi agensi agama itu.
- “JAKIM bukan sebuah agensi yang berperanan dalam penguatkuasaan undang-undang.
- “Oleh itu, isu-isu yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang, seperti kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM.
- “Walau bagaimanapun, JAKIM sentiasa bekerjasama erat dengan agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan pihak berkuasa agama negeri bagi memastikan segala tindakan yang diambil berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya menerusi kenyataan di Facebook di sini pada Khamis.
- Kenyataan itu sebagai maklum balas kepada kenyataan Abu Hafiz yang juga Penasihat Khas Menteri Komunikasi, semalam dilaporkan menyifatkan JAKIM sebagai ‘tidak berguna’ dalam proses membawa kepada tindakan terhadap GISBH, malah ada pihak dalam jabatan itu sebelum ini tidak percaya kepada hasil dapatan dan pemantauan aktivis yang dijalankan terhadap syarikat tersebut.
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukan agensi penguatkuasaan undang-undang yang boleh mengambil tindakan terhadap syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
Presiden Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) JAKIM, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata kenyataan dibuat Dr Abu Hafiz Salleh Hudin melalui media sosial berkaitan peranan JAKIM dalam isu GISBH menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif dalam kalangan orang ramai mengenai peranan dan fungsi agensi agama itu.
Mohd Ajib berkata JAKIM adalah sebuah agensi agama persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang bertindak menyelaras pengurusan hal ehwal Islam dengan mandat dari Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).
Beliau berkata JAKIM juga bertanggungjawab kepada Kabinet dan melaksanakan tugas berdasarkan peruntukan undang-undang serta garis panduan sebagai agensi kerajaan.
“JAKIM bukan sebuah agensi yang berperanan dalam penguatkuasaan undang-undang.
“Oleh itu, isu-isu yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang, seperti kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM.
“Walau bagaimanapun, JAKIM sentiasa bekerjasama erat dengan agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan pihak berkuasa agama negeri bagi memastikan segala tindakan yang diambil berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya menerusi kenyataan di Facebook di sini pada Khamis.
Kenyataan itu sebagai maklum balas kepada kenyataan Abu Hafiz yang juga Penasihat Khas Menteri Komunikasi, semalam dilaporkan menyifatkan JAKIM sebagai ‘tidak berguna’ dalam proses membawa kepada tindakan terhadap GISBH, malah ada pihak dalam jabatan itu sebelum ini tidak percaya kepada hasil dapatan dan pemantauan aktivis yang dijalankan terhadap syarikat tersebut.
Abu Hafiz yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Quran & Sunnah UIAM berkata demikian ketika memberi maklum balas kepada ciapan pengguna X lain yang menyatakan penghargaan ke atas Menteri Agama, JAKIM dan pihak polis kerana bertindak atas aduan orang ramai berhubung isu kanak-kanak dan remaja yang menghuni rumah amal dikaitkan dengan GISBH didakwa diajar cara meliwat dan diliwat.
Ini susulan serbuan Ops Global kelmarin di 20 rumah amal yang dikaitkan dengan kumpulan perniagaan itu, di mana siasatan polis mendapati antara modus operandi dilakukan adalah penghuni dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain.
Abu Hafiz mendakwa ada beberapa pihak berkuasa agama tidak mahu memberi perhatian serius kepada dapatan pengkaji dan aktivis yang memantau GISB.
Susulan itu, pihak yang menjalankan pemantauan tersebut terpaksa bertemu dengan Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk memintanya menyuarakan isu tersebut melalui ceramah dan program audio siarnya.
Di sebalik kekecohan perkara itu selepas disentuh Mohd Asri, Abu Hafiz berkata masih belum ada pihak berkuasa, khususnya JAKIM, yang dilihat berminat untuk bertindak selain kajian dan dapatan mengenai GISBH di JAKIM juga sudah dilaksanakan sejak 2013 lagi.
Mengulas lanjut, Mohd Ajib berkata pihaknya ingin menekankan, dalam konteks isu berkaitan hal ehwal agama Islam, setiap tindakan perlu diambil dengan mematuhi prosedur tertentu, khususnya apabila melibatkan bidang kuasa negeri-negeri.
“Oleh itu, JAKIM sentiasa mendapatkan nasihat perundangan dan bekerjasama dengan PDRM serta pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan sebarang tindakan yang diambil adalah selari dengan peruntukan undang-undang,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina