Connect with us

Terkini

Serbuan GISBH: JAKIM tidak layak diberi kredit – Penasihat khas Menteri Komunikasi

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak layak diberikan ‘kredit’ dalam isu melibatkan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH), kata Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penasihat Khas Menteri Komunikasi, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.
  • “Saya yang terlibat langsung dan tak langsung; JAKIM tak layak diberikan kredit. Menteri Agama layak diberikan kredit.
  • “JAKIM benar-benar tak berguna dalam proses ini. Bahkan yang tak mahu ‘percaya’ dapatan para pengkaji di peringkat awal sehingga terpaksa ke Perlis,” ciap Penasihat Khas Menteri Komunikasi, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin di platform X pada Khamis.
  • Beliau berkata demikian ketika memberi maklum balas kepada ciapan pengguna X lain yang menyatakan penghargaan ke atas Menteri Agama, JAKIM dan pihak polis kerana bertindak atas aduan orang ramai berhubung isu kanak-kanak dan remaja yang menghuni rumah amal dikaitkan dengan GISBH didakwa diajar cara meliwat dan diliwat.
  • Ini susulan serbuan Ops Global kelmarin di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan kumpulan perniagaan itu, di mana siasatan polis mendapati antara modus operandi dilakukan adalah penghuni dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain.

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak layak diberikan ‘kredit’ dalam isu melibatkan syarikat  Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH), kata Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.

Abu Hafiz yang juga Penasihat Khas Menteri Komunikasi menyifatkan JAKIM sebagai ‘tidak berguna’ dalam proses membawa kepada tindakan terhadap GISBH, malah ada pihak dalam jabatan itu sebelum ini tidak percaya kepada hasil dapatan dan pemantauan aktivis yang dijalankan terhadap syarikat tersebut.

“Saya yang terlibat langsung dan tak langsung; JAKIM tak layak diberikan kredit. Menteri Agama layak diberikan kredit.

“JAKIM benar-benar tak berguna dalam proses ini. Bahkan yang tak mahu ‘percaya’ dapatan para pengkaji di peringkat awal sehingga terpaksa ke Perlis,” ciap Abu Hafiz di platform X pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika memberi maklum balas kepada ciapan pengguna X lain yang menyatakan penghargaan ke atas Menteri Agama, JAKIM dan pihak polis kerana bertindak atas aduan orang ramai berhubung isu kanak-kanak dan remaja yang menghuni rumah amal dikaitkan dengan GISBH didakwa diajar cara meliwat dan diliwat.

Ini susulan serbuan Ops Global kelmarin di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan kumpulan perniagaan itu, di mana siasatan polis mendapati antara modus operandi dilakukan adalah penghuni dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain.

Dalam Op Global itu, seramai 171 individu ditahan selepas polis menyerbu 20 rumah amal terbabit bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat didakwa mengeksploitasikan kanak-kanak dan agama.

Foto: Tangkap layar ciapan Dr Abu Hafiz.

Susulan penahanan itu, 402 individu diselamatkan, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun, yang akan ditempatkan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata berdasarkan maklumat dan siasatan dilakukan, polis mengesyaki GISBH melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Foto: Tangkap layar Dr Abu Hafiz membalas ciapan pengguna X lain.

Mengulas isu sama, menerusi hantaran di Facebook semalam Abu Hafiz berkata, kumpulan pengkaji dan pihak aktivis yang ditendang bagaikan bola oleh pihak berkuasa agama adalah hero sebenar mengambil risiko besar dalam isu berkenaan.

Ini kerana kelompok itu yang melalui jalan berliku untuk menarik perhatian pihak berkuasa dalam kes berkenaan.

Abu Hafiz yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Quran & Sunnah UIAM itu mendakwa ada beberapa pihak berkuasa agama tidak mahu memberi perhatian serius kepada dapatan pengkaji dan aktivis yang memantau GISB.

Susulan itu, pihak yang menjalankan pemantauan tersebut terpaksa bertemu dengan Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk memintanya menyuarakan isu tersebut melalui ceramah dan program audio siarnya.

Di sebalik kekecohan perkara itu selepas disentuh Mohd Asri, Abu Hafiz berkata masih belum ada pihak berkuasa, khususnya JAKIM, yang dilihat berminat untuk bertindak.

“Perlu diingat, kajian & dapatan tentang GISB di JAKIM telah dibuat lebih awal dari 2013 lagi. Untuk menyatakan JAKIM tiada maklumat, amat naif dan bodoh.

“Jagat maya (antaranya PUKAS Malaysia & Scam No One) digerakkan untuk memastikan momentum kes ini terus menarik perhatian dengan pendedahan-pendedahan yang asli… YB Menteri Agama, Dato’ Setia Dr. Naim meminta JAKIM sedikit bertindak dan bergerak, namun jagat maya tidak melihat apa-apa hasil.

“Setelah melihat keringat rakan-rakan yang mendedahkan isu GISB ini sangat bersungguh, saya memutuskan untuk luahkan rasa geram akan respon pihak berkuasa agama berhubung isu GISB… Hasilnya, benarlah, begitu banyak alasan diberikan sebahagian pihak berkuasa agama apabila dapatan kajian pasukan pengkaji itu dibentangkan.

“Rentetan dari luahan saya, saya menerima respon yang sangat baik dan proaktif dari Menteri Agama… Hanya beliau yang ‘turun gunung’ bertanya dan mahukan beberapa kepastian… Tiada mana-mana badan agama apatah lagi JAKIM yang menerima bajet tahunan hampir RM2 bilion itu, bertanya dan bersungguh seperti Menteri Agama,” katanya.

Abu Hafiz juga memberi penghargaan kepada Razarudin yang boleh dianggap antara watak penting yang menggerakkan Op Global sehingga mencapai kejayaan kelmarin.

Beliau juga berharap reformasi besar-besaran di JAKIM dimulakan dan dipercepatkan.

“Sebelum ini, saya kongsikan pada Setiausaha Politik Menteri Agama, bahawa teguran dan perbincangan sudah terlalu banyak dalam reformasi JAKIM.

“Yang diperlukan adalah tindakan! Kalau ingin benar-benar berubah, JAKIM boleh mula merombak Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan dan mengembalikan Dr. Aizam Mas’ud ke Bahagian Penyelidikan dan Kajian Akidah,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending