Antarabangsa
Kargo bahan letupan Israel: United O7 Asia hanya beri penafian kosong – BDS Malaysia
Penafian syarikat United O7 Asia terhadap dakwaan adanya kargo berisi bahan letupan RDX hanya satu penafian kosong tanpa bukti sokongan, kata BDS Malaysia.
- Penafian syarikat United O7 Asia terhadap dakwaan adanya kargo berisi bahan letupan RDX hanya satu penafian kosong tanpa bukti sokongan, kata BDS Malaysia.
- BDS Malaysia dalam kenyataannya pada Ahad membidas jawapan Ocean7 Projects ApS bagi pihak United O7 Asia Sdn Bhd (yang dimiliki bersama United Heavy Lift dari Jerman) seperti dilaporkan media pada Jumaat (13 September 2024).
- BDS Malaysia turut ‘membetulkan’ kenyataan firma itu yang menafikan destinasi kapal MV Kathrin adalah Israel.
- Perkara kedua dibangkitkan BDS Malaysia adalah penafian kenyataan firma terbabit yang mengatakan syarikat Ocean7 Projects ApS pemilik kepada kapal MV Kathrin dengan pergerakan itu dari awal lagi tidak mengaitkannya demikian tetapi sebagai pengurus dan pengendali kapal itu.
- BDS turut membidas syarikat kargo yang bertindak mengatakan bahawa item kargo MV Kathrin tidak menyalahi undang-undang, menunjukkan pengabaian pencegahan atau pemberhentian jenayah terhadap kemanusiaan secara umum.
KUALA LUMPUR – Penafian syarikat United O7 Asia terhadap dakwaan adanya kargo berisi bahan letupan RDX hanya satu penafian kosong tanpa bukti sokongan, kata BDS Malaysia.
BDS Malaysia dalam kenyataannya pada Ahad membidas jawapan Ocean7 Projects ApS bagi pihak United O7 Asia Sdn Bhd (yang dimiliki bersama United Heavy Lift dari Jerman) seperti dilaporkan media pada Jumaat (13 September 2024).
BDS Malaysia turut ‘membetulkan’ kenyataan firma itu yang menafikan destinasi kapal MV Kathrin adalah Israel.
“BDS Malaysia, atau sesiapa sahaja, tidak pernah menyatakan bahawa kapal itu akan ke Israel.
“Isunya ialah kargo berbahaya dalam kapal tersebut dalam bentuk lapan kontena bahan letupan RDX dijadualkan untuk diturunkan di sebuah pelabuhan di Laut Adriatik dan kemudian dihantar melalui cara lain (Ocean7 tidak hanya menjalankan pengangkutan laut tetapi juga pengangkutan darat) ke destinasi akhirnya di Israel untuk digunakan sebagai bom dan peluru berpandu.
“Kami mempunyai bukti untuk menyokong kenyataan ini. Maklumat terkini menunjukkan bahawa pelabuhan tersebut ialah Koper di Slovenia,” kata kenyataan BDS Malaysia.
Perkara kedua dibangkitkan BDS Malaysia adalah penafian kenyataan mengatakan syarikat Ocean7 Projects ApS pemilik kepada kapal MV Kathrin dengan pergerakan itu dari awal lagi tidak mengaitkannya demikian tetapi sebagai pengurus dan pengendali kapal itu.
“BDS Malaysia tidak pernah mendakwa bahawa Ocean7 atau United O7 Asia pemilik MV Kathrin.
“Kami sedar bahawa ia dimiliki entiti Jerman. Kami juga sedar bahawa, yang lebih penting, kapal ini diurus dan dikendalikan Ocean7 dan kami ada bukti bagi menyokongnya,” kata BDS.
BDS turut membidas syarikat kargo yang bertindak mengatakan bahawa item kargo MV Kathrin tidak menyalahi undang-undang, menunjukkan pengabaian pencegahan atau pemberhentian jenayah terhadap kemanusiaan secara umum.
“Ketiga, mereka mengatakan bahawa kargo MV Kathrin tidak menyalahi undang-undang. Ini adalah sangat mengelirukan. Dokumentasi bagi kargo itu termasuk bahan letupan RDX, mungkin teratur dan mematuhi peraturan serta undang-undang perdagangan antarabangsa.
“Namun, dalam isu pembunuhan beramai-ramai yang berpotensi berlaku atau sedang berlaku, pencegahan atau pemberhentian jenayah terhadap kemanusiaan ini harus diutamakan berbanding peraturan perdagangan antarabangsa.
“Penghantaran senjata dan bahan perang yang mematikan kepada negara yang melakukan pembunuhan beramai-ramai adalah tidak sah,” kata BDS Malaysia pada Ahad.
BDS Malaysia turut menggesa agensi-agensi berkaitan di Malaysia untuk menyiasat secara menyeluruh aktiviti syarikat itu untuk melihat dengan jelas penglibatan mereka dalam operasi penghantaran bahan perang dan letupan supaya negara tidak dikira bersubahat dengan tindakan kejam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. – The Merdeka Times