Terkini
Jika benar ini berlaku, haramkan GISBH – Akmal Saleh
Kerajaan digesa supaya mengharamkan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) jika benar dakwaan kanak-kanak dan remaja yang menghuni rumah amalnya diajar cara meliwat dan diliwat.
- Kerajaan digesa supaya mengharamkan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) jika benar dakwaan kanak-kanak dan remaja yang menghuni rumah amalnya diajar cara meliwat dan diliwat.
- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh juga meminta pihak berkuasa terus menggempur dan menyiasat setiap cawangan rumah amal syarikat itu, sekali gus memastikan kes sedemikian tidak berlaku di tempat lain.
- Ini susulan serbuan Ops Global semalam di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan kumpulan perniagaan itu, di mana siasatan polis mendapati modus operandi dilakukan adalah penghuni dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain.
- “Jika benar ini berlaku, maka kerajaan dah boleh haramkan pertubuhan ini dan hukuman yang paling berat perlu diberikan kepada si pelaku.
- “Perkara ini bukan Islam, ini dah ajaran syaitan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘Budak, remaja di rumah amal GISB dididik cara meliwat dan diliwat,’.
- Dalam Op Global dijalankan antara jam 6 hingga 11 pagi semalam, seramai 171 individu ditahan selepas polis menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat didakwa mengeksploitasikan kanak-kanak dan agama.
- Susulan penahanan itu, 402 kanak-kanak dan remaja telah diselamatkan, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur antara setahun hingga 17 tahun.
- GISBH petang semalam bagaimanapun menafikan dakwaan syarikat itu terbabit dalam eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.
KUALA LUMPUR — Kerajaan digesa supaya mengharamkan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) jika benar dakwaan kanak-kanak dan remaja yang menghuni rumah amalnya diajar cara meliwat dan diliwat.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh juga meminta pihak berkuasa terus menggempur dan menyiasat setiap cawangan rumah amal syarikat itu, sekali gus memastikan kes sedemikian tidak berlaku di tempat lain.
Beliau memohon mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau turut berada dalam situasi disifatkan sebagai perkara menyesatkan supaya tidak takut untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Ini susulan serbuan Ops Global semalam di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan kumpulan perniagaan itu, di mana siasatan polis mendapati modus operandi dilakukan adalah penghuni dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain.
“Jika benar ini berlaku, maka kerajaan dah boleh haramkan pertubuhan ini dan hukuman yang paling berat perlu diberikan kepada si pelaku.
“Kita mohon juga pada pihak berkuasa untuk rempuh dan siasat di setiap cawangan mereka dan pastikan perkara ini tidak berlaku di tempat lain juga
“Perkara ini bukan Islam, ini dah ajaran syaitan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘Budak, remaja di rumah amal GISB dididik cara meliwat dan diliwat,’.
Dalam Op Global dijalankan antara jam 6 hingga 11 pagi semalam, seramai 171 individu ditahan selepas polis menyerbu 20 rumah amal yang terletak di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasikan kanak-kanak dan agama.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 66 lelaki dan 105 wanita yang bertugas sebagai penjaga, ustaz dan pengerusi rumah amal berkenaan, di mana kesemuanya berusia lingkungan 17 hingga 64 tahun.
Susulan penahanan itu, 402 individu diselamatkan, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun, yang akan ditempatkan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Razarudin berkata berdasarkan maklumat dan siasatan dilakukan, polis mengesyaki GISBH melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.
GISBH petang semalam bagaimanapun menafikan dakwaan syarikat itu terbabit dalam eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.
Dalam kenyataan medianya, GISBH menafikan segala tuduhan dilemparkan kepadanya dan menegaskan ia tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti melanggar undang-undang, khususnya membabitkan kanak-kanak sebagai pekerja. — The Merdeka Times