Terkini
Gaji premium lepasan TVET perlu seiring kualiti latihan institusi
Penetapan gaji premium kepada lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000 perlu disokong atau seiring dengan jaminan kualiti latihan di institusi latihan TVET awam dan swasta.
- Penetapan gaji premium kepada lepasan TVET pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000 perlu disokong atau seiring dengan jaminan kualiti latihan di institusi latihan TVET awam dan swasta.
- Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR), Mohammad Rizan Hassan berkata jaminan kualiti di semua institusi latihan TVET perlu memainkan peranan penting dalam memastikan graduan dilengkapi kemahiran diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan bergaji tinggi dalam pasaran kompetitif hari ini.
- “Majikan sentiasa mencari calon yang terlatih yang boleh menyumbang secara berkesan kepada organisasi mereka.
- “Graduan TVET boleh mendapat gaji premium kerana mereka memiliki kemahiran praktikal dan pengetahuan yang dituntut oleh industri,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.
- Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) semalam bersetuju menetapkan gaji premium kepada lepasan TVET pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000.
KUALA LUMPUR — Penetapan gaji premium kepada lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000 perlu disokong atau seiring dengan jaminan kualiti latihan di institusi latihan TVET awam dan swasta.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR), Mohammad Rizan Hassan berkata jaminan kualiti di semua institusi latihan TVET perlu memainkan peranan penting dalam memastikan graduan dilengkapi kemahiran diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan bergaji tinggi dalam pasaran kompetitif hari ini.
“Majikan sentiasa mencari calon yang terlatih yang boleh menyumbang secara berkesan kepada organisasi mereka.
“Graduan TVET boleh mendapat gaji premium kerana mereka memiliki kemahiran praktikal dan pengetahuan yang dituntut oleh industri,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) semalam bersetuju menetapkan gaji premium kepada lepasan TVET pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000.
Ahmad Zahid berkata penetapan kadar gaji itu melebihi pendapatan minimum RM1,500 yang ditetapkan kerajaan ketika ini dan bertujuan menarik lebih ramai lepasan TVET untuk bekerja di sektor berkaitan.
Mengulas lanjut, Mohammad Rizan berkata antara langkah untuk memastikan jaminan kualiti itu adalah dengan membangunkan kurikulum sejajar keperluan industri, ahli fakulti berpengalaman, kemudahan latihan terkini dan perkongsian industri untuk peluang latihan secara langsung.
Beliau berkata langkah sedemikian membantu memastikan graduan TVET bersedia untuk bekerja dan memenuhi piawaian industri yang membawa kepada potensi berpendapatan lebih tinggi.
“Dengan melabur dalam jaminan kualiti graduan TVET, kedua-dua pelajar dan majikan mendapat manfaat daripada situasi menang-menang di mana graduan diberi ganjaran dengan gaji premium dan industri memperoleh profesional mahir untuk memacu pertumbuhan dan inovasi,” kata Mohammad Rizan. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord