Terkini
Peralatan latihan lapuk sukarkan TVET penuhi keperluan industri
Peralatan latihan yang lapuk menyukarkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memenuhi keperluan industri, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR), Mohammad Rizan Hassan.

- Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR), Mohammad Rizan Hassan berkata untuk merapatkan jurang antara latihan dan tuntutan industri adalah penting bagi institusi melabur dalam memodenkan kemudahan latihan mereka.
- Beliau berkata dengan menyediakan pelajar akses peralatan terkini, institusi TVET boleh menyediakan graduan lebih baik untuk tenaga kerja, memastikan penjajaran piawaian industri dan akhirnya menyumbang kepada tenaga kerja lebih mahir dan berdaya saing.
- “Apabila industri terus maju, kemahiran dan pengetahuan diperlukan untuk pelbagai profesion turut berkembang jadi tanpa peralatan diperlukan bagi menyediakan latihan praktikal selaras perubahan ini, institusi TVET bergelut mengikuti keperluan industri, akhirnya membawa kepada jurang antara apa diajar di dalam bilik latihan dan apa diperlukan di tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
KUALA LUMPUR — Peralatan latihan yang lapuk menyukarkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memenuhi keperluan industri, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR), Mohammad Rizan Hassan.
Mohammad Rizan berkata untuk merapatkan jurang antara latihan dan tuntutan industri adalah penting bagi institusi melabur dalam memodenkan kemudahan latihan mereka.
Beliau berkata dengan menyediakan pelajar akses peralatan terkini, institusi TVET boleh menyediakan graduan lebih baik untuk tenaga kerja, memastikan penjajaran piawaian industri dan akhirnya menyumbang kepada tenaga kerja lebih mahir dan berdaya saing.
Katanya, penyelarasan antara keperluan latihan dan industri itu adalah penting untuk melahirkan graduan yang cekap dan sedia bekerja.
“Kekurangan peralatan moden dan terkini di institusi TVET menimbulkan cabaran besar kepada pelajar dan tenaga pengajar, ia bukan sahaja menghalang proses pembelajaran, malah menjejaskan kualiti bakal pekerja mahir yang memasuki alam pekerjaan.
“Industri sentiasa mencari individu berkemahiran tinggi dan berkebolehan yang boleh menyesuaikan diri dengan teknologi dan amalan baharu, namun tanpa akses peralatan terkini, graduan TVET mungkin mendapati diri mereka tidak lengkap untuk memenuhi tuntutan ini.
“Peralatan latihan TVET yang lapuk juga menghalang usaha institusi untuk menyelaraskan kurikulum mereka dengan piawaian industri.
“Apabila industri terus maju, kemahiran dan pengetahuan diperlukan untuk pelbagai profesion turut berkembang jadi tanpa peralatan diperlukan bagi menyediakan latihan praktikal selaras perubahan ini, institusi TVET bergelut mengikuti keperluan industri, akhirnya membawa kepada jurang antara apa diajar di dalam bilik latihan dan apa diperlukan di tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohamad Rizan berkata kekurangan peralatan latihan moden juga boleh menghalang pelajar daripada mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional.
Ini kerana dalam era digital hari ini, pelajar sudah terbiasa belajar dengan teknologi dan alatan termaju, namun apabila mereka berdepan peralatan lapuk di TVET, mereka mungkin menganggap latihan itu tidak relevan atau ketinggalan zaman sekali gus menjauhkan mereka daripada laluan kerjaya yang berpotensi dalam bidang teknikal. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
