Connect with us

Terkini

China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak

China menuntut Malaysia untuk segera menghentikan semua aktiviti di kawasan perairan yang kaya dengan hasil minyak berhampiran Sarawak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut MalaysiaNow yang memetik akhbar Filipina Philippine Daily Inquirer, perkara itu terkandung dalam nota bantahan dihantar kepada Kedutaan Besar Malaysia di China minggu lalu.
  • Beijing menuduh Malaysia menceroboh kawasan yang menjadi sebahagian daripada “9 garis putus-putus” (10-dash line), merujuk peta kontroversi diterbitkan Beijing bagi menunjukkan wilayah yang didakwa miliknya di Laut China Selatan.
  • Ia menyatakan rasa kurang senang Beijing terhadap aktiviti penerokaan minyak dan gas Malaysia berhampiran terumbu karang Luconia Shoals, juga dikenali sebagai Luconia Reefs.
  • Bantahan Beijing itu berlaku walaupun terumbu karang itu hanya 100 batu dari Sarawak, berbanding jaraknya yang lebih 1,200 batu dari Pulau Hainan di China.
  • “Pihak China, sekali lagi, menggesa pihak Malaysia untuk sejujurnya menghormati kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim China (dan) segera menghentikan aktiviti yang disebutkan di atas,” demikian lapor MalaysiaNow yang memetik akhbar Daily Inquirer merujuk kandungan nota dihantar kementerian luar China.
  • Semalam, media tempatan melaporkan Kementerian Luar Negeri akan menjalankan siasatan dalaman dan membuat laporan polis susulan kebocoran maklumat Nota Diplomatik daripada Kementerian Luar Negeri Republik Rakyat China yang dialamatkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing pada 18 Februari lalu.

KUALA LUMPUR —  China menuntut Malaysia untuk segera menghentikan semua aktiviti di kawasan perairan yang kaya dengan hasil minyak berhampiran Sarawak.

Menurut MalaysiaNow yang memetik akhbar Filipina Philippine Daily Inquirer, perkara itu terkandung dalam nota bantahan dihantar kepada Kedutaan Besar Malaysia di China minggu lalu.

Dalam nota bantahan dari Kementerian Luar China itu, Beijing menuduh Malaysia menceroboh kawasan yang menjadi sebahagian daripada “9 garis putus-putus” (10-dash line), merujuk peta kontroversi diterbitkan Beijing bagi menunjukkan wilayah yang didakwa miliknya di Laut China Selatan.

Ia menyatakan rasa kurang senang Beijing terhadap aktiviti penerokaan minyak dan gas Malaysia berhampiran terumbu karang Luconia Shoals, juga dikenali sebagai Luconia Reefs.

Malaysia menamakan kawasan itu Gugusan Beting Raja Jarum, tetapi dirujuk China sebagai “Nankang Ansha” dan “Beikang Ansha”.

Bantahan Beijing itu berlaku walaupun terumbu karang itu hanya 100 batu dari Sarawak berbanding jaraknya yang lebih 1,200 batu dari Pulau Hainan di China.

“Pihak China, sekali lagi, menggesa pihak Malaysia untuk sejujurnya menghormati kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim China (dan) segera menghentikan aktiviti yang disebutkan di atas,” demikian lapor MalaysiaNow yang memetik akhbar Daily Inquirer merujuk kandungan nota dihantar kementerian luar China.

Malaysia dan China adalah antara enam negara di sekitar Laut China Selatan yang terlibat dalam pertelingkahan tuntutan wilayah, di samping Brunei, Taiwan, Filipina dan Vietnam.

Semalam, media tempatan melaporkan Kementerian Luar Negeri (KLN) akan menjalankan siasatan dalaman dan membuat laporan polis susulan kebocoran maklumat Nota Diplomatik daripada Kementerian Luar Negeri Republik Rakyat China yang dialamatkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing pada 18 Februari lalu.

Katanya, kementerian memandang serius isu kebocoran dokumen terbabit yang juga saluran perhubungan rasmi antara dua negara kepada pihak umum. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *