Connect with us

Antarabangsa

Polio di Gaza: Ramai kanak-kanak berisiko cacat – Save The Children

Badan amal Save The Children memberi amaran kegagalan mengawal wabak polio di Gaza boleh menyebabkan kecacatan besar-besaran di wilayah konflik itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Badan amal Save The Children memberi amaran kegagalan mengawal wabak polio di Gaza boleh menyebabkan kecacatan besar-besaran di wilayah konflik itu.
  • Ketua Dasar dan Advokasi Kemanusiaan Save The Children, Alexandra Saieh berkata terdapat keperluan mendesak untuk menjalankan kempen vaksinasi polio secara meluas dan gencatan senjata segera di Gaza.
  • Gesaan itu dikeluarkan susulan kes polio pertama dalam tempoh 25 tahun dikesan di Gaza pada 16 Ogos lalu.
  • “Kita perlu menghentikan pertempuran dan kita perlukan bahan-bahan untuk menyimpan vaksin di Gaza. Dan ini adalah sangat, sangat mendesak,” kata Saieh dipetik agensi berita Anadolu dalam laporannya hari ini.
  • Beliau menekankan situasi itu adalah hasil langsung tindakan rejim Israel yang secara sistematik menghalang bantuan kemanusiaan, penghantaran bekalan penting dan menyebabkan kerosakan besar infrastruktur wilayah itu.

Badan amal Save The Children memberi amaran kegagalan mengawal wabak polio di Gaza boleh menyebabkan kecacatan besar-besaran di wilayah konflik itu.

Ketua Dasar dan Advokasi Kemanusiaan Save The Children, Alexandra Saieh berkata terdapat keperluan mendesak untuk menjalankan kempen vaksinasi polio secara meluas dan gencatan senjata segera di Gaza.

Gesaan itu dikeluarkan susulan kes polio pertama dalam tempoh 25 tahun dikesan di Gaza pada 16 Ogos lalu.

“Virus polio boleh menyebabkan kelumpuhan total seorang kanak-kanak dalam beberapa jam. Ia biasanya menyerang dan menjejaskan teruk kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

“Ada rancangan untuk memvaksin lebih daripada 600,000 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun yang memerlukannya. Tetapi sekali lagi, kita memerlukan gencatan senjata. 

“Kita perlu menghentikan pertempuran dan kita perlukan bahan-bahan untuk menyimpan vaksin di Gaza. Dan ini adalah sangat, sangat mendesak,” kata Saieh dipetik agensi berita Anadolu dalam laporannya hari ini.

Beliau menekankan situasi itu adalah hasil langsung tindakan rejim Israel yang secara sistematik menghalang bantuan kemanusiaan, penghantaran bekalan penting dan menyebabkan kerosakan besar infrastruktur wilayah itu.

Menurutnya, pengeboman Israel selama 10 bulan memusnahkan infrastruktur Gaza, menyebabkan tiada air bersih dan memaksa ratusan orang berkongsi satu tandas.

Tempat perlindungan yang sesak di Gaza menyebabkan penyebaran wabak penyakit Hepatitis A kebelakangan bulan ini dan yang terkini polio, kata Saieh. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Lubnan haramkan alat kelui dari pesawat

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
  • Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
  • “Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
  • Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
  • Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
  • The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan.

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.

Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.

Media antarabangsa melaporkan Hizbullah memilih menggunakan alat kelui sebagai kaedah komunikasi berteknologi rendah yang dikatakan ‘selamat’ kerana bimbang Israel menggodam telefon pintar mereka dan menggunakannya untuk pengawasan.

Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.

The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending