Antarabangsa
Jenazah Ismail Haniyeh tiba di Doha untuk pengebumian
Jenazah Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh tiba pada Khamis di ibu negara Qatar, Doha dari Iran dan akan dikebumikan pada Jumaat, lapor media Qatar dipetik agensi berita Anadolu.
- Jenazah Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh tiba pada Khamis di ibu negara Qatar, Doha dari Iran dan akan dikebumikan pada Jumaat, lapor media Qatar dipetik agensi berita Anadolu.
- Pengurusan jenazah diadakan awal Khamis di ibu negara Iran, Tehran dengan sejumlah besar masyarakat dan pegawai mengambil bahagian dalam perkabungan, termasuk Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menurut laporan media dipetik Anadolu.
- Kumpulan Palestin dan Iran mengumumkan pembunuhan Haniyeh dalam serangan udara Israel pada awal Rabu yang menyasarkan kediamannya di Tehran, sehari selepas beliau menghadiri majlis penabalan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.
- Walaupun Israel berdiam diri mengenai pembunuhan itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ada mengisyaratkan penglibatan Tel Aviv dalam pembunuhan Ismail Haniyeh.
Jenazah Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh tiba pada Khamis di ibu negara Qatar, Doha dari Iran dan akan dikebumikan pada Jumaat, lapor media Qatar dipetik agensi berita Anadolu.
Pengurusan jenazah diadakan awal Khamis di ibu negara Iran, Tehran dengan sejumlah besar masyarakat dan pegawai mengambil bahagian dalam perkabungan, termasuk Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.
Kumpulan Palestin dan Iran mengumumkan pembunuhan Haniyeh dalam serangan udara Israel pada awal Rabu yang menyasarkan kediamannya di Tehran, sehari selepas beliau menghadiri majlis penabalan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.
Walaupun Israel berdiam diri mengenai pembunuhan itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ada mengisyaratkan penglibatan Tel Aviv dalam pembunuhan Ismail Haniyeh.
Israel yang mengingkari resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam tuntutan diadakan gencatan senjata segera, menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam berterusan ke atas Gaza.
Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, sekurang-kurangnya 39,445 rakyat Palestin terbunuh, majoritinya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 91,000 cedera. – The Merdeka Times