Connect with us

Antarabangsa

Ben-Gvir mahu bina sinagog di Masjid Al-Aqsa

Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir pada Isnin mendakwa orang Yahudi mempunyai hak beribadat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki sambil menyatakan hasratnya membina sinagog di tapak berkenaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.
  • Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir pada Isnin mendakwa orang Yahudi mempunyai hak beribadat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki sambil menyatakan hasratnya membina sinagog di tapak berkenaan.
  • “Polisi membenarkan ibadat di Temple Mount (Masjid Al-Aqsa). Terdapat undang-undang yang sama bagi Yahudi dan Muslim. Saya akan membina sinagog di sana,” kata Ben-Gvir, ketua Parti Kuasa Yahudi (Otzma Yehudit), kepada Radio Tentera Israel dipetik agensi berita Anadolu.
  • Ini merupakan kali pertama secara terbuka menteri ekstremis itu bercakap mengenai pembinaan sinagog di dalam Masjid Al-Aqsa.
  • Dalam masa sama beberapa bulan kebelakangan ini, beliau berulang kali menyuarakan keinginan agar ibadah orang Yahudi dibenarkan di tapak itu.
  • Kenyataan Ben-Gvir dibuat di saat peneroka haram Israel terus menceroboh kompleks itu dengan pengawasan langsung polis Israel yang berada di bawah kawalan menteri kanan tersebut.

Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir pada Isnin mendakwa orang Yahudi mempunyai hak beribadat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki sambil menyatakan hasratnya membina sinagog di tapak berkenaan.

“Polisi membenarkan ibadat di Temple Mount (Masjid Al-Aqsa). Terdapat undang-undang yang sama bagi Yahudi dan Muslim. Saya akan membina sinagog di sana,” kata Ben-Gvir, ketua Parti Kuasa Yahudi (Otzma Yehudit), kepada Radio Tentera Israel dipetik agensi berita Anadolu.

Ini merupakan kali pertama secara terbuka menteri ekstremis itu bercakap mengenai pembinaan sinagog di dalam Masjid Al-Aqsa.

Dalam masa sama beberapa bulan kebelakangan ini, beliau berulang kali menyuarakan keinginan agar ibadah orang Yahudi dibenarkan di tapak itu.

Kenyataan Ben-Gvir dibuat di saat peneroka haram Israel terus menceroboh kompleks itu dengan pengawasan langsung polis Israel yang berada di bawah kawalan menteri kanan tersebut.

Sebagai respons kepada kenyataan berulang kali Ben-Gvir beberapa bulan kebelakangan ini, pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata status quo di Masjid Al-Aqsa masih tidak berubah.

Status quo yang wujud sebelum pendudukan Israel pada 1967 menetapkan Waqf Islam di Baitulmaqdis, di bawah Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Islam Jordan, sebagai pihak bertanggungjawab menguruskan Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat ibadah untuk umat Islam sahaja.

Namun begitu, sejak 2003, polis Israel secara sepihak telah membenarkan peneroka haram memasuki Masjid Al-Aqsa pada hari-hari biasa, kecuali Jumaat dan Sabtu, tanpa persetujuan Waqf Islam.

Pencerobohan kerap Ben-Gvir ke dalam Masjid Al-Aqsa serta kenyataannya menyokong ritual peribadatan Yahudi di tapak itu telah mencetuskan gelombang kecaman dari dunia Arab dan Islam serta komuniti antarabangsa.

Tindakannya juga mengganggu parti-parti agama di Israel yang menentang pencerobohan itu ekoran ketiadaan kesucian ritual diperlukan untuk memasuki apa yang dipercayai oleh Yahudi sebagai tapak kuil kuno. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *