Connect with us

Terkini

Universiti digesa wajib ujian HIV pelajar baharu

Universiti digesa mewajibkan ujian HIV kepada pelajar baharu berikutan peningkatan kes membabitkan kelompok itu yang berusia 18 hingga 25 tahun.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Interim Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Nazirah Abdullah.
  • Presiden Interim Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Nazirah Abdullah berkata ketika ini penularan kes HIV gagal ditangani di peringkat kampus kerana kekurangan usaha merangka dasar dan pelaksanaan program kesedaran kepada pelajar.
  • “Jadi, wajibkan ujian HIV kepada semua pelajar yang akan memasuki universiti. Prosedur ini sama seperti melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum memasuki kampus atau mendaftarkan diri pada tahun pertama.
  • “Hal ini dapat mengurangkan kadar kenaikan kerana ada juga mahasiswa yang sudah lama dijangkiti tetapi mereka tidak pernah melakukan ujian atau saringan HIV,” katanya dipetik FMT pada Sabtu lalu.
  • Mengulas isu sama, Bekas Setiausaha Kerja Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Jeeva Cassandra Abdul Mumin berkata kampus perlu memperkenalkan program kesedaran dan melaksanakan pendidikan seks merangkumi maklumat mengenai HIV dan pencegahannya.

KUALA LUMPUR — Universiti digesa mewajibkan ujian HIV kepada pelajar baharu berikutan peningkatan kes membabitkan kelompok itu yang berusia 18 hingga 25 tahun.

Presiden Interim Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Nazirah Abdullah berkata ketika ini penularan kes HIV gagal ditangani di peringkat kampus kerana kekurangan usaha merangka dasar dan pelaksanaan program kesedaran kepada pelajar.

Nazirah berkata sekiranya pelajar yang terkesan dapat dikenal pasti lebih awal, pihak universiti boleh mengambil langkah mengawal penularan dan memberi bimbingan atau kaunseling kepada mereka.

“Jadi, wajibkan ujian HIV kepada semua pelajar yang akan memasuki universiti. Prosedur ini sama seperti melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum memasuki kampus atau mendaftarkan diri pada tahun pertama.

“Hal ini dapat mengurangkan kadar kenaikan kerana ada juga mahasiswa yang sudah lama dijangkiti tetapi mereka tidak pernah melakukan ujian atau saringan HIV,” katanya dipetik FMT pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, media melaporkan jangkitan HIV dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia berumur antara 18 hingga 25 tahun semakin meningkat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata berdasarkan notifikasi jangkitan kes dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan pelajar dijangkiti HIV pada 2023 adalah 244 kes, berbanding 2022 iaitu 221 kes.

Perkara itu turut mendapat perhatian Presiden WAFIQ, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang mengharapkan pihak kesihatan kembali kepada asas perubatan yang utama iaitu ‘SAY NO TO HOMOSEXUALITY’, sebagaimana ‘SAY NO TO VAPE AND SMOKING’ susulan KPT mengatakan sebahagian strategi mereka dalam isu itu adalah pencegahan.

Beliau berkata ini kerana “homosexuality” bukan sahaja berisiko tinggi mendapat HIV, malah haram di sisi agama Islam.

Mengulas isu sama, Bekas Setiausaha Kerja Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Jeeva Cassandra Abdul Mumin berkata kampus perlu memperkenalkan program kesedaran dan melaksanakan pendidikan seks merangkumi maklumat mengenai HIV dan pencegahannya.

Beliau berkata pihak kampus perlu menyediakan sokongan psikososial seperti kaunseling dan kumpulan sokongan untuk pelajar terkesan.

“Kerjasama pelajar, universiti dan organisasi kesihatan sangat penting untuk memastikan maklumat dan langkah pencegahan dilaksanakan dengan berkesan, serta mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap mereka yang hidup dengan HIV,” katanya. 

Pada November 2023, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dilaporkan mengatakan di Malaysia lapan individu sehari secara purata dijangkiti HIV, di mana ia boleh menjejaskan matlamat negara untuk menamatkan HIV/AIDS menjelang tahun 2030. 

Beliau berkata penyumbang tertinggi kepada HIV adalah daripada kelompok muda yang berumur antara 20 hingga 39 tahun iaitu 77 peratus, di mana lebih 90 peratus adalah lelaki

“Hampir kesemuanya kira-kira 97 peratus dijangkiti melalui penularan seksual,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending